Malam ini, malam terakhir kita berterawih. Malam ini jua malam terakhir untuk ku merebut malam yang diidami ramai, malam Lailatul Qadar...malam yang menjanjikan seribu satu kemanisan bagi yang terpilih....
terasa 'berbunga' untukku meninggalkan malam ini...aku perlu menunggu selama setahun lagi untuk aku kembali merebut peluang yang paling berharga ini....
adakah mungkin aku akn dapat bertemu dengan Ramadhan lagi di masa yg mendatang...sungguh berat untuk aku lepaskan ramadhan ini sehinggakan sukar untuk aku menerima kehadiran bulan yang baru...
esok kita bakal meninggalkan satu bulan yang sungguh istimewa...membuatkan ramai terasa sayu pada kehidupan dan bersifat patuh pada Yang Satu...bukan menidakkan kelebihan bulan yang lain tetapi inilah harga satu bulan yang tidak ada tara dan tandingannya....
tentang Lailatul Qadar, mungkin tiada rezeki untuk ku tahun ini...mungkin tahun yang akan datang, siapa tahu....
ape pun, tidak perlu untuk kita bersedih kerana pada setiap bulan yang kita lalui, sesungguhnya ada kelebihan yang dijanjikanNya....
bersedia lah menghadapi bulan-bulan yang mendatang selepas ini....
WIDA'AN RAMADHAN, AHLAN WASAHLAN YA SYAWAL!!!
Wednesday, September 8, 2010
Berakhirnya Malam penuh bermakna...
Posted by Ayoi_labu at 11:12 PM 0 comments
Saturday, September 4, 2010
Posted by Ayoi_labu at 7:35 AM 0 comments
Wednesday, August 25, 2010
SalaM rAmAdHan aL-mUbArAK...
Pejam celik, pejam celik, dah masuk fasa kedua kita di bulan yang mulia ini...terasa begitu cepat masa ini berlalu....sudah setengah daripada sebulan kita menahan segala apa yang perlu ditahan..makin lama makin seronok plak puasa ni...yelah, bukan utk menyambut bulan syawal yang bakal kunjung tiba 15 hari dari sekarang, tetapi nikmat itu seakan-akan terdapat pada penghujung Ramadhan ini....adapun aku terjumpa beberapa kelebihan puasa mengikut kajian sains...hmmm agak menarik, dan untuk tatapan kita bersama kita menghayati dengan penuh kesyukuran mengapa Allah perintahkan kita untuk berpuasa....
Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:
1. Allan Cott, M.D - Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain:
a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).
ha, ha so interesting kan....memg btol la kdg2 ape yang dialami ini ketika berpuasa...memg secara sedar dengan terangnya puasa ini banyak "bestnyer" ...
jumpa lagi.....
Posted by Ayoi_labu at 11:35 AM 0 comments
Friday, July 23, 2010
Salam semua....
lebih kurang 3 minggu blog ini tidak 'ditinta' olehku, betapa rindu pada halaman ini, kembali 'mendakwatkan' blog ini...yang semakin semarak dengan semangat dan kata-kata pena untuk diriku dan para handai yang sudi menambahku...heheheheh....
hmmm, setelah lebih seminggu pasukan pilihanku, SPAIN memenangi WORLD CUP 2010....seperti ramai yang menjangkakan termasuk la si paul, sang kurita yang hanya seekor 'octopus' seperti yang lain yang mampu meramal kesemua 8 perlawanan dengan tepat...
tetapi aku tidak boleh percaya kepada khurafat tersebut....bagiku ianya satu kebetulan, yang mana tiada yang lebih berkuasa dan mengetahui selain daripada ALLAH...apapun kemenangan SPAIN telah tertulis dan ALLAH jua mengetahui apa perkara dan setiapnya di dunia ini....
berbalik kepada SPAIN, kemenangan berpihak juga kepada mereka yang berjaya meranapkan harapan HOLLAND untuk memegang title WORLD CUP untuk sekian kalinya...
akulah orang yang paling melompat gembira tapi masih lagi berpegang pada batasannya....
gol tunggal daripada Andres Iniesta pada minit ke-116 berjaya meletakkan SPAIN di tangga teratas FIFA, apabila ditabalkan sebagai ranking #1 dunia dalam arena bola sepak....
walau DAVID VILLA tidak menepati ramalanku utk merebut kasut emas tapi aku tetap bangga, penjaga golnya, IKER CASILLAS memenangi 'sarung emas'.....
diharap pasukan ini kekal dari segi prestasinya di WORLD CUP edisi yang akan datang...supaya mampu memadamkan rekod BRAZIL yang telah menang 5 kali pada kejohanan ini, ITALI, 3 kali dan URUGUAY, 2 kali kalau tidak salah...hheheeheheh....
kita jumpa di BRAZIL 2014!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Posted by Ayoi_labu at 1:44 AM 0 comments
Monday, July 5, 2010
HIdUp bolA, Makan bOla, tiDur bola!!!!
Tibanya piala dunia yang ditunggu oleh seluruh peminat seluruh dunia termasuk lah diriku yang akan membuatkan temasya 4 tahun sekali ini menjadi acara paling berprestij di dunia khususnya acara sukan....setiap kali ia berlangsung setiap kali itulah ramai yang sanggup bersengkang mata memastikan diri tidak dapat terlepas dari menyaksikan pasukan pilihan mereka beraksi di samping bintang-bintang favourite yang menjadi kegilaan mereka tidak kira lelaki mahupun perempuan....
aku pun xterlepas...pasukan yang menjadi pilihan aku ialah SPAIN, dan bintang bola sepak yang aku minati adalah David Villa, hmmmm, mungkin kerana skilnya lah kan....nak2 pulak, dia mendahului senarai penjaring terbanyak setakat ini dengan 5 gol...mahunya aku nak lihat die menerima 'Anugerah Kasut Emas' edisi Afrika Selatan nie...sebenarnya aku pun baru jerw minat die, kalau dlu Fernando Torres menjadi pilihan ku tapi disebabkan permainan hambarnya itu membuatkan aku beralih arah....heheheheh....
sepupu aku ckp David Villa nie good looking and have a present in field tapi aku dapat rasakan aku lagi ensem....hahahahahaha.....
ai, da smpai ke penghujungnya PIALA DUNIA kali ini, membuatkan aku dirundung resah dan gelisah, yelah takut pasukan pilihan aku yang kini akan beraksi di separuh akhir kecundang...hmmm nak2 plak bertemu ngan JERMAN , lagi la resah dibuatnya....melihat kepada corak permainan JERMAN, mereka mampu membuat pasukan ku gigit jari kaki dan tangan, gigit badan pun buleh agaknya....hahhaaha....
tapi dalam 90 minit ats padang, apa2 pun boleh berlaku kan....aku yakin SPAIN AKN MARa!!!
melihat betapa ramainya memilih spain aku yakin mereka akn melangkah pusingan final....
Posted by Ayoi_labu at 9:54 PM 0 comments
Friday, June 18, 2010
once in Kelantan.............
Posted by Ayoi_labu at 2:57 PM 0 comments
Monday, June 7, 2010
Banyak benda nak Cakap....
sAlam semua yang sudi membaca blog yg xseberapa nie....
banyak perkara ingin aku perkatakan, tapi biarlah sebahagiannya menjadi entiti diriku agar bersemadi dalam jiwaku....
cerita tentang kehidupan ini memg tidak akan habis apatah lagi kita sering diuji dengan pelbagai cabaran dan masalah...boleh dikatakan setiap hari itu adalah satu proses mengenal kehidupan ini sehingga kita menjadi lebih matang....realitinya kita hidup bersama keluarga, teman, isteri dan keluarga kita sendiri...tetapi aku dapat rasakan yg pada dasarnya aku hanya hidup seorang...jgn salah sangka, hubungan aku dengan semua di sekeliling aku adalah baek dan terjamin...cuma aku dapat rasakn kita hidup di dunia ini seperti di alam kematian...yang mana pada masa itu kita hanya hidup berkeseorangan...sebb itulah kita perlu mengingati kematian pada setiap masa...kita jgn mudah fikir kita masih muda kita masih lagi lambat untuk menemui kematian...kematian yang kita temui adalh pelbagai cara, pelbagai situasi dan tidak kira umur....kematian pasti menjelma walau di mana kita berada....dan dengan cara apa kita menemui kematian...o.k mungkin sekarang kita akan berkata kematian itu pasti tetapi apakah kehidupan selepas kematian itu kita sudah sedia....apakah cukup bekalan kita untuk dibawa ke alam selepas kematian itu....kalau ditanya aku, aku belum ckup lagi bekalan untuk ke arah itu...mudah untuk bersyahadah di mulut sahaja tetapi mampukah kita lakukan dari segi practicallity....sememangnya bukan mudah, aku tidak kata sukar atau mudah, tetapi tidak mudah...aku harap aku menemui kematianku dalam keadaan yang baik dan sejahtera, tidak lah untuk aku bercerita panjang lebar mcmn nak mati dalam keadaan baek....sebb aku pun bukanlah kategori orang yang baek...tapi jauh sekali untuk mati dalam keadaan hina dan dina.....semoga ayat di bawah dapat membantu ku.....bismillahirahmanirahim.................
.........."الله اختم علينا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوئ الخاتمة"
amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnn......................
bersambung......................
Posted by Ayoi_labu at 11:41 AM 0 comments









