Tuesday, May 24, 2011
salam rejab....
Posted by Ayoi_labu at 12:46 AM 0 comments
Thursday, April 21, 2011
Salam...pembuka bicara...
Posted by Ayoi_labu at 1:11 AM 0 comments
Sunday, March 6, 2011
FKP harum di DKP...
alhamdulillah, akhirnya FKP iaitu Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan memegang 'title' Juara kategori Bahasa Melayu kejohanan Debat Piala Naib Cancelor yang bersidang semalam, 5 Mac 2011...paling manis apabila rakan serumahku, merangkap rakan sekelasku, merangkap rakan semakan seminum, ditabal sebagai Pendebat Terbaik...tahniah kepadanya...aku??terkandas di peringkat suku akhir...bagiku ia satu pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan nilai wang...aku berpuas hati dengan pencapaian itu tetapi dalam masa yang sama rasa cemburu dengan kejayaan rakan-rakanku sedikit sebanyak memberi kata semangat padaku untuk terus berjaya dalam apa jua bidang...akan ada suara nakal yang mempertikaikan kebolehanku, tidak mengapa....aku mungkin kurang di situ tetapi Allah itu maha adil, mungkin kelebihan aku di tempat lain...tidak perlu aku mempunyai perasaan PHD dalam diriku kerana aku bersedia untuk kalah dari awal lagi aku menyertainya...aku pun tidak menyangka aku akan melangkah sejauh itu tetapi aku tidak tahulah samada kumpulan aku menerima atau tidak kekalahan itu....aku rasa markah kurang diberi atas persembahan aku ...tetapi tak mengapa aku harus ke depan, memikir masa hadapan yang jauh lagi terbentang luas.....mungkin aku tidak sesuai dengan DEBAT lagi mungkin...aku akan cuba terokai dunia dan bidang yang baru...banyak kemungkinan di sini ditimbulkan....tetapi apakah aku mengota segala apa yang dilafazkan, semuanya terpulang padaku, keputusan hanya padaku, untuk tentukan diriku sendiri...apabila aku meluahkan segala, ia aku anggap sebagai motivasi untukku berjaya dan lebih berjaya...aku pun tidak tahu nasib aku di masa hadapan...kini aku sedar, bukan semua yang aku impikan tertunai, bukan semua nasib yang baik menyebelahi aku...aku manusia biasa..dan Allah TIDAK PERNAH TIDAK ADIL dalam menentukan nasib manusia....terpulang pada individu sendiri, kerana kita bukanlah yang sempurna kerana Yang Lebih Sempurna sebenar menentukan segalanya...
Posted by Ayoi_labu at 12:19 AM 0 comments
Tuesday, February 22, 2011
Assalamualaikum...
lama sungguh aku tidak menjenguk blog aku...yelah sibuk dengan semester ku yang paling memenatkan, assignment, sibuk meeting sana sini, masuk itu dan ini dan macam-macam lagi...kebelakangan ini, banyak benda yang aku fikirkan...aku tidak tahu apa yang sebenarnya yang aku ingin katakan...semenjak dua menjak ni, aku seakan-akan down tetapi tidaklah ke tahap pressure...aku cuba menyelami hati dan perasaan yang bersarang di kepala dan hati ku...aku memikirkan apa kelebihan dan kelemahan yang aku miliki...aku seakan mengerti aku mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan berbanding kelebihan ku...aku ingin sentiasa yang terbaik dalam diriku...tetapi aku mudah berputus asa, memikirkan jauh lagi perjalanan ku yakni kehidupan yang akan aku lalui...aku baru sahaja menelah zaman remaja dan meniti ke alam kedewasaan...kadang-kadang aku terasa aku berada dalam dunia aku sendiri, tiada berteman dan keseorangan...dipinggir...dibiarkan...mungkinkah aku seorang yang berhati kecil, maksud aku cepat terasa dengan keadaan di sekeliling....keadaan yang tidak memaksa aku mengkritik hidup ku sendiri...tetapi aku rasakan diriku terhina dan teruk sekali...kepada Allah sahaja yang mampu untukku berkongsi...aku pernah mengharap seseorang mendengar segala keluh-kesah ku tetapi tiada....biarlah ia menjadi lipatan sejarah hidupku...aku ingin sekali merentasi masa ini dengan secepat mungkin, aku tidak berdaya lagi menghadapinya...tetapi sampai bila harus aku tidak kuat menghadapi sebarang dugaan??soalan ini sering bersarang di kepala ku...aku ingin cepat lari dari keadaan sekarang pada masa yang sama aku tidak mahu melepaskan kenangan ini begitu sahaja...Ya Allah , bantulah hamba mu ini dalam menghadapi dugaan dan cabaran yang besar dan kecil yang kadang-kadang tidak mampu untuk aku laksanakan...teringat daku saat aku mengingatkan seseorang tentang ketabahan diri menghadapi situasi tertentu, seakan-akan ia kembali terkena ke atas diriku...andai aku dapat membaca setiap isi hati setiap orang , sudah cukup untuk aku berubah demi diriku dan untuk orang lain....aku sambung di lain hari...salam...........
Posted by Ayoi_labu at 2:15 AM 0 comments
Thursday, February 10, 2011
salam semua...
Posted by Ayoi_labu at 2:07 AM 0 comments
Monday, January 24, 2011
aSSalamuaLaikUm....
salam bertemu kembali...lama aku tidak bersua menyulam kata-kata hikmat ku di sini...sungguhpun aku sibuk dengan hal-hal keduniaan, tidak sesekali aku melupakan untuk mencoret segaris kata yang menjadi nadi pada setiap kehidupan kita...
sebagai manusia aku tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dengan orang-orang di sekeliling ku....
manusia adalah fitrah dalam melakukan perkara baik dan kurang baik...kebelakangan ini, masa aku seakan suntuk untuk aku menikmatinya...hmm, mungkin semester baru yang hampir sahaja menjengah 4 minggu ini telah merantai diriku untuk melakukan pelbagai tugasan yang bagiku ada di antaranya agak rumit untuk dilaksanakan....tetapi andai perancangan awal kita titipkan sudah tentu, apa jua masalah pasti dapat kita rungkaikan...di atas sebab perkara itulah mengapa aku tidak boleh memberi komitmen aku terhadap perkara yang lain...macam keluar bersama kawan sehinggakan ada pihak berkecil hati dengan diriku...mungkin aku perlu perancang masa untuk aku ubah segalanya...aku tak dapat nafikan masa adalah penting untuk ku...setiap waktu setiap saat aku sentiasa fikirkan masa....masa, berilah aku peluang untuk menggunakan engkau dengan sebaiknya...sekarang ini, beberapa langkah aku ambil untuk aku lebih menghargai masa itu, antaranya, aku membuat segala tugasan di awal waktu supaya senang di kemudian hari....masa akan terus berlalu tanpa menunggu sesiapa pun, manusia lah yang perlu mengejar masa itu...jangan lah BERTANGGUH kerana ia adalah PENCURI MASA!!WASSALAM...
Posted by Ayoi_labu at 11:40 PM 0 comments
Monday, January 10, 2011
tolong ingatkan aku....
assalamualaikum, berjumpa lagi kita di hari dan waktu berbahagia ini....hahahha hari ini aku nak ulas sikit tentang 'tolong ingatkan aku'...ape sebenarnya ni??hmmm...tajuk ini merupakan tajuk untuk lagu Ana Raffali yang baru sahaja menggondol Anugerah Juara Lagu yang ke-25...sekaligus mengungguli wang sejumlah RM 35,000....agak terkejut juga aku apabila lagu ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi berdarah kacukan itu memenanginya...tanpa di sangka-sangka la katekan...tapi nak buat macamane sebb jurinya adalah terdiri daripada orang-orang yang handal dalam bidang muzik termasuk lah M.Nasir....tempat kedua pula, lagu yang menjadi pilihan aku untuk menjuarai juara lagu tetapi berkesudahan di tempat kedua, iaitu lagu Drama King nyanyian Meet Uncle Hussein feat. Black...dan tanpa disangka juga tempat ketiga memg tidak disangka lagu ni boleh berada di tempat ketiga iaitu Noktah Cinta ciptaan Ajai yang disempurnakan dengan kemas oleh Hafiz AF7, yang juga membawa gelaran Vokal Terbaik pada malam itu menewaskan juara vokal tahun lalu, Black....sesuatu yang agak unik untuk aku perkatakan apabila melihat persembahan Faizal Tahir dalam Hanyut ternyata memberi kepuasan kepada penonton tentang keseluruhan persembahannya yang memukau apabila dia secara gimiknya menjatuhkan diri ke dalam air...sesuatu yang tidak pernah dijangkakan dalam mana-mana persembahan artis sebelum ini...tak mustahil lah dia membawa pulang trofi persembahan terbaik....apapun AJL25 mengundang seribu satu kejutan apabila tolong ingatkan aku 'beg the title'...aku suka lagu itu cuma mungkin aku rasa ada lagi lagu lain yang layak untuk menang...apapun tahniah pada Ana Raffali...percubaan pertama ke AJL membuahkan hasil....tahniah juga pada semua contestants seperti Yuna, Bunkface, A.P.I dan ramai lagi yang melakukan persembahan yang terhebat...cume kekurangan terlihat pada pembukaan AJL25, yang tidak begitu gah berbanding tahun lepas yang mana Dato' Siti Nurhaliza bergabung bersama Azlan untuk Lagu Untukmu yang menunjukkan kemantapan vokal dan persembahan mereka....sememangnya pembukaan sebegitulah yang amat dinantikan sebenarnya....tapi sayang untuk tahun ini, telah dipersiakan...tetapi aku harus berbangga juga kerana Dato' Siti jugalah jadi penyelamat untuk persembahan selingan...sememangnya dia adalah diva yang tiada galang gantinya...tahniah Siti dan semua pemenang!!.
Posted by Ayoi_labu at 10:11 PM 0 comments







