BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 6, 2011

FKP harum di DKP...

alhamdulillah, akhirnya FKP iaitu Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan memegang 'title' Juara kategori Bahasa Melayu kejohanan Debat Piala Naib Cancelor yang bersidang semalam, 5 Mac 2011...paling manis apabila rakan serumahku, merangkap rakan sekelasku, merangkap rakan semakan seminum, ditabal sebagai Pendebat Terbaik...tahniah kepadanya...aku??terkandas di peringkat suku akhir...bagiku ia satu pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan nilai wang...aku berpuas hati dengan pencapaian itu tetapi dalam masa yang sama rasa cemburu dengan kejayaan rakan-rakanku sedikit sebanyak memberi kata semangat padaku untuk terus berjaya dalam apa jua bidang...akan ada suara nakal yang mempertikaikan kebolehanku, tidak mengapa....aku mungkin kurang di situ tetapi Allah itu maha adil, mungkin kelebihan aku di tempat lain...tidak perlu aku mempunyai perasaan PHD dalam diriku kerana aku bersedia untuk kalah dari awal lagi aku menyertainya...aku pun tidak menyangka aku akan melangkah sejauh itu tetapi aku tidak tahulah samada kumpulan aku menerima atau tidak kekalahan itu....aku rasa markah kurang diberi atas persembahan aku ...tetapi tak mengapa aku harus ke depan, memikir masa hadapan yang jauh lagi terbentang luas.....mungkin aku tidak sesuai dengan DEBAT lagi mungkin...aku akan cuba terokai dunia dan bidang yang baru...banyak kemungkinan di sini ditimbulkan....tetapi apakah aku mengota segala apa yang dilafazkan, semuanya terpulang padaku, keputusan hanya padaku, untuk tentukan diriku sendiri...apabila aku meluahkan segala, ia aku anggap sebagai motivasi untukku berjaya dan lebih berjaya...aku pun tidak tahu nasib aku di masa hadapan...kini aku sedar, bukan semua yang aku impikan tertunai, bukan semua nasib yang baik menyebelahi aku...aku manusia biasa..dan Allah TIDAK PERNAH TIDAK ADIL dalam menentukan nasib manusia....terpulang pada individu sendiri, kerana kita bukanlah yang sempurna kerana Yang Lebih Sempurna sebenar menentukan segalanya...