BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 31, 2010

2010 melabuhkan tirai...

banyak yang boleh kita perkatakan tentang tahun 2010...pelbagai kisah suka dan duka boleh kita ungkapkan, begitu juga aku...ada yang membuatkan aku gembira, tidak kurang juga yang membuatkan aku lemah dan tidak berdaya melawan takdir itu...yang pasti 2010 akan berakhir malam ini...dan 2011 bakal dibuka dengan lembaran yang 'dihamparkan' dengan permulaan januari esok...aku mulakan dengan kisah suka ku...walau tidak banyak, sedikit sebanyak membuatkan aku ingin melakukan yang lebih baik di masa yang akan datang...sepanjang 2010, 2 perkara terbesar yang berlaku atas diriku yang memperlihatkan sisi kebolehan dan kegembiraan aku tahun ini...pertama, aku memasuki pertandingan debat antara fakulti mewakili pasukan komunikasi yang mana pasukan aku berjaya ditabal sebagai juara...paling membuat aku bangga pada diriku adalah apabila aku diumumkan sebagai pendebat terbaik kategori bahasa yang aku wakili...wow, satu pencapaian yang sangat aku teruja dan tidak mengharapkan menjadi juara...semoga 2011 menjadi satu titik tolak untuk aku berjinak2 di dalam dunia debat...yang kedua, ini semestinya yang aku impikan setiap kali semester baru masuk...dan semester ketiga yang lalu aku berjaya 'mencapai' cita2 ku untuk berada dalam kelompok DEKAN...mana tidaknya aku berjaya mengumpul 3.80 untuk PNGS yang terpapar...walaupun kumulatif terkumpul sepanjang 3 sem, tidak mencapai lagi 3.60, apa pun aku tetap berbangga dengan kejayaan aku...SYUKUR KE HADRAT MU YA ALLAH KERANA MEMBERI PELUANG UNTUK AKU MEMBUKTIKAN AKU JUGA MAMPU MELAKUKANNNYA....ALHAMDULILLAH....tiada apa yang aku harapkan selain untuk aku terus memantapkan keputusan aku dan cuba untuk mempertahankan keputusan itu....itulah kejayaan manis yang berharga buatku...yang pahit pula biarlah ia menjadi sempadan dalam diriku ini untuk aku baiki di tahun2 mendatang...sekian SELAMAT TINGGAL 2010 DAN PLEASE WELCOME 2011!!!!

Monday, December 27, 2010

90 minit yang mendebarkan...

Pasti semalam adalah berita yang paling menggembirakan semua rakyat Malaysia ...semua sudah sedia maklum, Malaysia berjaya membenam Indonesia 3-0 untuk pusingan akhir yang pertama....tetapi belum lagi untuk ditabalkan sebagai juara Piala suzuki AFF apabila Malaysia perlu bergempur dalam perlawanan akhir yang kedua pada rabu ini....bukan mudah untuk berjuang habis2 an dalan 90 minit nie....yang penting strategi dan kemantapan pasukan perlu ada bagi menghadapi pihak lawan...
tahniah kepada safee sali dan mohd ashari yang begitu menawan melepasi benteng Indonesia yang seakan-akan menyekat kemaraan Malaysia...tahniah juga kepada Norshahrul Idlan Talha yang sepaptutnya diberi kredit atas kejayaan 'merancang' bola yang begitu cantik untuk disempurnakan dua rakan sepasukannya itu...sungguh menakjubkan!!
pastinya debaran kian terasa lagi apabila 90 minit lagi manjadi medan Malaysia kembali menebus maruah yang sedikit tercalar kebelakangan ini gara2 turun naik nya prestasi Malaysia...apapun tanpa sokongan rakyat, tidak mudah untuk Malaysia menghadap secara fizikalnya....di antara 85, 000 orang yang memenuhi stadium bukit jalil, bukan lah sesuatu yang mudah untuk kita lihat untuk jangka masa yang agak lama...sememangnya rakyat kempunan untuk melihat Malaysia gah di mata kita....sememangnya aku pun ingin ke Indonesia tetapi hanyalah propa sahaja...aku hanya mampu melihat di kaca t.v memeberi sokongan yang tidak berbelah bahagi....WAHAI HARIMAU NEGARA, TOLONG LAH JANGAN HAMPA KAN KAMI!!

Tuesday, December 21, 2010

AntarA DuA pILihan....

assalamualaikum....
bersua kita lagi dalam laman luahan hati yang tidak seberapa ini....
yelah, blog, salah satu tempat untuk kita meluahkan segala perasaan, baik atau buruk, komen, pandangan dan senang cerita boleh kita amalkan apa yang dipanggil sebagai 'freedom of Speech'....tetapi kalau dekat malaysia ni, jangan lah sampai kita menyentuh hal-hal atau bab2 yang berkaitan isu sensitif...semuanya sudah termaktub di dalam perlembagaan bukan??
o.k lah bukan ini yang aku nak sampaikan pada hari ini...entah lah hari ini aku dapat merasakan aku berada di pertengahan persimpangan?persimpangan apa yang aku maksudkan ni?
macam ni lah, kita hidup di dunia ini sebenarnya diberi dua pilihan, samada kita memilih jalan yang putih atau erti kata lain jalan yang baik dan lurus...dan satu lagi jalan iaitu jalan kelam dan hitam yakni jalan yang bersimpang siur dan tidak tentu hala....sebb itulah kita perlu berada di tengah2 persimpangan antara dua jalan ini samada memilih yang baik atau yang buruk....Allah telah jadikan seluruh manusia ini serupa dan tiada tandinganNya....tetapi setelah Allah jadikan, manusia adalah ditugaskan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini...tetapi apakah semua manusia itu baik atau jahat adalah terletak pada kehendaknya sendiri....ikut kata nafsu sememangnya kita akan terjerumus ke lembah yang kelam dan hina...andainya kita memilih jalan yang terbaik, hasilnya adalah apa yang dituntut oleh Allah sebenarnya...kadang-kadang kita terasa jalan yang kita pilih adalah yang baik, tetapi kita tidak sedar kadang-kadang ia terganggu di tengah2 kehidupan kita...sebb itulah daripada manusia yang baik , ia akan berubah menjadi manusia yang mazmumah sifatnya....dan begitu juga sebaliknya...jadi bagaimana kita nak maintain kan kelurusan jalan yang kita pilih??
senang jer...TEPUK DADA TANYALAH IMAN...

Thursday, December 16, 2010

Malaysia yang amat membanggakan aku...

2-0. itulah no. keramat bagi pasukan Malaysia yg baru je menang ke atas Vietnam untuk piala Suzuki yang berlansung malam semalam....
cayalah Malaysia!!walaupun baru separuh akhir pertama, bagi aku Malaysia menunjukkan kesungguhan untuk memburu gelaran edisi ini. pada sabtu ni, bakal memperlihatkan sisi perjuangan sebenar Malaysia dalam menempah tiket ke final apabila beraksi untuk semi final ke-2. apa yang pasti bukan mudah untuk menangkis perasaan apabila berlawan di gelanggang lwan..apa yang pasti Malaysia perlukan persediaan fizikal dan mental yang terlalu mantap untuk perlawann sabtu ini...hmmm xsabar aku nak tgk....jangan lah Malaysia mengecewakan aku....ayuh Malaysia!!bangun memburu misi yang kan menjulang namamu di persada sebenar....walaupun, pasukn Malaysia tidak konsisiten dari segi pencapaian tetapi aku sebagai anak bumi Malaysia perlu menyatakan sokongan yang tidak terperi kepada skuad harimau kita....GO MALAYSIA!GO!GO!GO!

Thursday, December 9, 2010

Jika diizinkanNya...

Wednesday, December 8, 2010

salam semua...

masih berkesempatan menulis blog pada hari ini...yelah kalau dlu hanya sebulan sekali aku menulis...tapi untuk bulan disember ni sahaja aku da menulis 3 post..hehehehe..xbule la nak bandingkan dengan org yg tlis hari2 kan...xpe la lupekan benda nie...sempena dengan awl tahun baru ini yang sudah pun memasuki 1432hijriyah nie, banyak sebenarnya yg kita bule buat tetapi ikutlah kemampuan kita...andai ada yg xberkesempatan buat di hari yg lain..bukan bermakna tahun baru kene buat semua baru kan...berpadalah dalam membuat sebarang anjakan...anjakan para digma...kita diberi banyak pilihan samada membuat sesuatu yang baik atau sederhana baik..jgn lah sesekali melakukan yg kurg baik..k wassalam..

Tuesday, December 7, 2010

5-1

ape lah yang 5-1 nie....
assalamualaikum...hahahahah....kalau nak tau ini lah no. keramat untuk hari ini...
no.keramat ape agknyer?sudah tentu la 'game' untuk perlawanan piala suzuki peringkat kumpulan antara Malaysia menentang Laos...dan lebih menggembirakan Malaysia berjaya melangkah ke separuh akhir yang mungkin akn menentang Filipina atau pun Vietnam...hmmm, satu kejutan juga bagi pasukan underdog seperti Filipina yang tidak disebut2 pun untuk menjuarai peringkat kumpulan B...apa yang pasti Malaysia harus berterima kasih kepada Indonesia kerana mengalahkan THailand dengan 2-1....agak menghampakan jika Thailand mengatasi Indonesia...sebaik la bukan satu kenyataan....
kepada peminat bola sepak tempatan, sama2 lah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan Harimau kerana siapa lagi hendak menjadi tulang belakang jikalau bukan kita...huhuhuhuhhu....
same2 la kita lihat nanti prestasi demi prestasi negara dalam pusingan separuh akhir nanti....
jikalau lah aku berada di bumi Palembang pada masa ini, mungkin aku juga merasai kehangatan piala ini di sana....tetapi melihatkan stadium ug bagai 'hidup segan mati tak mahu' itu, aku pun xsemangat....
berbeza dengan apa yang kita lihat di eropah, tidak kira la SERIE A ker, EPL ker, LIGA JUARA2 ker....sumenyer penuh kan....jeles plak tgk...xpe la mungkin berlaku satu revolusi kepada peminat bola sepak negara satu hari nanti mana la tau...k la ckup setakat nie aku 'membebel'...chow!!

Friday, December 3, 2010

Assalamualaikum dan Slam 1 Malaysia...

heheehheheh....kedengaran seperti mengampu kerjaan je kan?hehehe....sebenarnya sudah lama slogan ini digunapakai tetapi baru diwar2kan secara menyeluruh...xpe, kita tutup kisah ini...
yang penting aku telah "merdeka"...merdeka untuk kali yang kedua...merdeka dari peperiksaan yang sudah berakhir 30 nov lalu....sungguh teruja hatiku ini menyambut cuti yang aku anggap kali ini "cuti sakan"...
mana tidaknya 2 sem cuti yang lalu, penuh dengan program di usim...jd di kesempatan cuti ini boleh la aku "membalas segala dendam"....heheheheeheh..tapi masih tiada perancangan dibuat lagi untuk cuti ini....pelbagai perkara sedang ligat bermain di kepala ku ketika ini...maklumlah darah muda, hendak enjoy tahunya....
tapi xla sampai xingat dunia...ada batasnya...di kesempatan ini juga aku menikmati percutian di rumah yang mana menggamit memori ke zaman perekolahan dlu....di sini lah tempat aku ulang alik ke sekolah...kadang aku menghayati suasana di luar rumah, kadang aku memanjakan diri diruang tamu, kadang aku menyepi keseorangn di kamar tidur....semua itu adalah memori yang tersangat tidak boleh lupa....setakat ini sahaja coretan ku ...wassalm...

Monday, November 8, 2010

cuti, exam dan cuti...

agak musykil la jadual kat usim nie...hmmmm...
eh terlupa lak, assalamualaikum semua....hari ini ntah kenapa plak aku nak cerita pasal jadual kat usim nie...
selama 3 minggu aku study week utk exam pada semester ketiga nie, terasa jenuh utk aku menunggunya...
yelah kalau xde study week pun xkesah sebb aku hanya ambil 4 paper sahaja pada sem nie...
tapi mungkin juga la phak admin usim ingin memberi ruang kepada pelajar untk bersedia lebih pada exam kali nie...
aku sebenarnya, ingin menghadapi saat getir peperiksaan itu, baru la bercti sepuas2 ati...hehehehe...
sebb aku tau banyak dugaan ketika belajar di rumah...itu sebb aku xsuka cti lame2 sgt sebelum exam...
baek lepas exam, br cti...
tapi xpe la terima je la dengan hati yg terbuka...
yang penting jangan aku ambil kesempatan cti nie ngan 'main-main' da la....
hehheheeehh.....

Tuesday, October 5, 2010

Bencinya pada hal keduniaan...

jangan salah menafsir apa yang aku katakan tadi, cuma melepaskan geram, marah, kecewa terhadap hal-hal keduniaan yang selalunya membuatkan kita rasa bermacam-macam perasaan negatif. perasaan yang bercampur-baur, terasa untuk caci-maki, melontar segala kata-kata yang nista...
sebenarnya hal keduniaan yang aku maksudkan adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai bank. aku sering kali berurusan dengan pihak bank mengenai itu dan ini...hanya semata-mata untuk meminta penyata sahaja, kita perlu menunggu berjam-jam untuk mendapatkan hanya sekeping penyata yang hanya untuk disimpan sebagai bukti.
aku tahu memang tiada yang senang dalam dunia, hatta mencari duit sekali pun...itulah dunia, memang jikalau kita bersibuk-sibuk dengan keduniaan, kita lupa segala-galanya termasuk hal-hal mengenai akhirat dan sebagainya...
itu belum hal-hal yang lain seperti motor, kereta, insurans, sakit pening kita...ha, dengan belajar lagi...hmmm tak tau la nak cakap...bila tiba kita kerja, masalah jugak...duit...itulah dikatakan lumrah manusia yang tidak pernak kering dengan pelbagai masalah dan kesusahan...
tapi dalam pada itu, ALLAH memberi keadilan pada manusia dengan menurukan kesenangan, rezeki, kekuatan, kesabaran untuk hadapi apa yang disebut dengan 'kemudaratan' tadi....
kita jumpa lagi di lain waktu....bye...

Wednesday, September 8, 2010

Berakhirnya Malam penuh bermakna...

Malam ini, malam terakhir kita berterawih. Malam ini jua malam terakhir untuk ku merebut malam yang diidami ramai, malam Lailatul Qadar...malam yang menjanjikan seribu satu kemanisan bagi yang terpilih....
terasa 'berbunga' untukku meninggalkan malam ini...aku perlu menunggu selama setahun lagi untuk aku kembali merebut peluang yang paling berharga ini....
adakah mungkin aku akn dapat bertemu dengan Ramadhan lagi di masa yg mendatang...sungguh  berat untuk aku lepaskan ramadhan ini sehinggakan sukar untuk aku menerima kehadiran bulan yang baru...
esok kita bakal meninggalkan satu bulan  yang sungguh istimewa...membuatkan ramai terasa sayu pada kehidupan dan bersifat patuh pada Yang Satu...bukan menidakkan kelebihan bulan yang lain tetapi inilah harga satu bulan yang tidak ada tara dan tandingannya....
tentang Lailatul Qadar, mungkin tiada rezeki untuk ku tahun ini...mungkin tahun yang akan datang, siapa tahu....
ape pun, tidak perlu untuk kita bersedih kerana pada setiap bulan yang kita lalui, sesungguhnya ada kelebihan yang dijanjikanNya....
bersedia lah menghadapi bulan-bulan yang mendatang selepas ini....

WIDA'AN RAMADHAN, AHLAN WASAHLAN YA SYAWAL!!!

Saturday, September 4, 2010

" Manusia itu istimewa, dijadikan Pencipta yang satu, dilahirkan dalam pelbagai bentuk dan rupa...mempunyai pelbagai kelebihan, tidak lepas juga kekurangan, mempunyai akal yang tiada pada makhluk yang selainNya..
namun masihkah ada sekelumit kesyukuran dalam secebis dan jauh di sudut hati kita?
terkadang aku mentafsir diriku sebagai manusia iaitu hamba yang mahu segala-galanya walau kemahuan itu tidak hadir lagi dalam kehidupanku...setiap hari yang dilalui adalah menjadi kekuatan ku untuk berfikir secara mendalam, berfikir tentang macam-macam hidup ini...andai ku tinta kan kehidupan ku dari badanku sekecil anak-anak yang tiada dosa sehingga la aku menjadi mumaiyiz, rasanya dakwat tinta yang ku beli berdozen-dozen pun tidak cukup untk aku tumpahkannya...setiap fasa kehidupan kita, menjadi nadi sebuah perjuangan kerana setiap fasa itulah kita mempunyai peluang untuk terus memberi apa yang terbaik dari yang terbaik untuk diri yang hina dan dina , yang tidak pernah lari dari kekhilafan yang banyak....aku menulis atas apa untuk ditulis, bukan menulis apa yang sudah tertulis...."

Wednesday, August 25, 2010

SalaM rAmAdHan aL-mUbArAK...



Pejam celik, pejam celik, dah masuk fasa kedua kita di bulan yang mulia ini...terasa begitu cepat masa ini berlalu....sudah setengah daripada sebulan kita menahan segala apa yang perlu ditahan..makin lama makin seronok plak puasa ni...yelah, bukan utk menyambut bulan syawal yang bakal kunjung tiba 15 hari dari sekarang, tetapi nikmat itu seakan-akan terdapat pada penghujung Ramadhan ini....adapun aku terjumpa beberapa kelebihan puasa mengikut kajian sains...hmmm agak menarik, dan untuk tatapan kita bersama kita menghayati dengan penuh kesyukuran mengapa Allah perintahkan kita untuk berpuasa....


Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

1. Allan Cott, M.D - Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain:
a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).



ha, ha so interesting kan....memg btol la kdg2 ape yang dialami ini ketika berpuasa...memg secara sedar dengan terangnya puasa ini banyak "bestnyer" ...
jumpa lagi.....

Friday, July 23, 2010

Salam semua....


lebih kurang 3 minggu blog ini tidak 'ditinta' olehku, betapa rindu pada halaman ini, kembali 'mendakwatkan' blog ini...yang semakin semarak dengan semangat dan kata-kata pena untuk diriku dan para handai yang sudi menambahku...heheheheh....
hmmm, setelah lebih seminggu pasukan pilihanku, SPAIN memenangi WORLD CUP 2010....seperti ramai yang menjangkakan termasuk la si paul, sang kurita yang hanya seekor 'octopus' seperti yang lain yang mampu meramal kesemua 8 perlawanan dengan tepat...
tetapi aku tidak boleh percaya kepada khurafat tersebut....bagiku ianya satu kebetulan, yang mana tiada yang lebih berkuasa dan mengetahui selain daripada ALLAH...apapun kemenangan SPAIN telah tertulis dan ALLAH jua mengetahui apa perkara dan setiapnya di dunia ini....
berbalik kepada SPAIN, kemenangan berpihak juga kepada mereka yang berjaya meranapkan harapan HOLLAND untuk memegang title WORLD CUP untuk sekian kalinya...
akulah orang yang paling melompat gembira tapi masih lagi berpegang pada batasannya....
gol tunggal daripada Andres Iniesta pada minit ke-116 berjaya meletakkan SPAIN di tangga teratas FIFA, apabila ditabalkan sebagai ranking #1 dunia dalam arena bola sepak....
walau DAVID VILLA tidak menepati ramalanku utk merebut kasut emas tapi aku tetap bangga, penjaga golnya, IKER CASILLAS memenangi 'sarung emas'.....
diharap pasukan ini kekal dari segi prestasinya di WORLD CUP edisi yang akan datang...supaya mampu memadamkan rekod BRAZIL yang telah menang 5 kali pada kejohanan ini, ITALI, 3 kali dan URUGUAY, 2 kali kalau tidak salah...hheheeheheh....


kita jumpa di BRAZIL 2014!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, July 5, 2010

HIdUp bolA, Makan bOla, tiDur bola!!!!

Tibanya piala dunia yang ditunggu oleh seluruh peminat seluruh dunia termasuk lah diriku yang akan membuatkan temasya 4 tahun sekali ini menjadi acara paling berprestij di dunia khususnya acara sukan....setiap kali ia berlangsung setiap kali itulah ramai yang sanggup bersengkang mata memastikan diri tidak dapat terlepas dari menyaksikan pasukan pilihan mereka beraksi di samping bintang-bintang favourite yang menjadi kegilaan mereka  tidak kira lelaki mahupun perempuan....
aku pun xterlepas...pasukan yang menjadi pilihan aku ialah SPAIN, dan bintang bola sepak yang aku minati adalah David Villa, hmmmm, mungkin kerana skilnya lah kan....nak2 pulak, dia mendahului senarai penjaring terbanyak setakat ini dengan 5 gol...mahunya aku nak lihat die menerima 'Anugerah Kasut Emas' edisi Afrika Selatan nie...sebenarnya aku pun baru jerw minat die, kalau dlu Fernando Torres menjadi pilihan ku tapi disebabkan permainan hambarnya itu membuatkan aku beralih arah....heheheheh....
sepupu aku ckp David Villa nie good looking and have a present in field tapi aku dapat rasakan aku lagi ensem....hahahahahaha.....
ai, da smpai ke penghujungnya PIALA DUNIA kali ini, membuatkan aku dirundung resah dan gelisah, yelah takut pasukan pilihan aku yang kini akan beraksi di separuh akhir kecundang...hmmm nak2 plak bertemu ngan JERMAN , lagi la resah dibuatnya....melihat kepada corak permainan JERMAN, mereka mampu membuat pasukan ku gigit jari kaki dan tangan, gigit badan pun buleh agaknya....hahhaaha....
tapi dalam 90 minit ats padang, apa2 pun boleh berlaku kan....aku yakin SPAIN AKN MARa!!!
melihat betapa ramainya memilih spain aku yakin mereka akn melangkah pusingan final....

tapi kalau kalah pun mereka akn beraksi juga untuk perlawanan tempat ketiga....DAPAT TEMPAT KE-3 pun jadi la...tapi xnak gak la...nak SPAIN JUARA!!!!go spain!!go spain!!!!!


Friday, June 18, 2010

once in Kelantan.............

pada 10 haribulan 6 yg br je lepas ni aku berkesempatan ke negeri "serambi makkah" di timur tanah air....lame sungguh aku tidak mejejakkan kaki ku ke sana....sesungguhnya banyak perubahan yg dpt ku lihat samada drastik mahupun semasa.....
ape yg penting ia membawa beberapa kenangan yg xdpat ku lupakan walaupun hanya "berkampung" selama hampir 2 hari...yang tidak dapat ku lupakan adalah dapat berjumpa salah seorang IDOLAKU, NIK AZIZ....kenangan aku mengucup tangannya dan pertanyaan yg tidak disangka2 keluar dari mulutnya membuatkan aku tidak buleh alpa saat itu....
saat Beliau memandang wajahku terpancar satu sinar ketenangan terbit dari wajahnya yang sayu dan sedap mataku ini ingin memandang.....tulah 'AURA' seorang ulama' bagiku yg disegani...sudah lama aku kepingin untuk bersua mata dengannya, itu lah yg terindah dalam hidupku....
sebenarnya tiada perancangan atau agenda untuk ketemu bersamanya, tetapi mungkin RAHMAT ALLAH membawa aku kepadanya....syukran YA ALLAH!!!
itu belum lagi aku menceritakan ku bertemu idolaku yg lain yang tidak kurg hebatnya iaitu A.SAMAD SAID...
tapi hanya mampu memandang wajah seorang pejuang bahasa itu dari jauh....tetapi itulah yang termanis nuatku apabila dapat melihat janggutnya secara dekat...heheheheh....
destinasi juga tak kulupa....PUTIK, tempat menjadi medan perhimpunan PAS untuk lebih lima dekad....pemandangan yang begitu indah di waktu malam dirakam dalam ingtan ku....
belum lagi pantai senok, angin yang sentiasa melambai2 di waktu petang, warna senjanya menggamit memori sesiapa pengunjung yang datang ke situ....kelembutan samudera yang begitu membuai membuatkan aku terpana.....aduh, bile lagi nak ke sana??
tak lupa juga tempat ;penginapanku' di rumah kawan seumah. sebilik dan sekelasku yang sudi menumpangi dri ini....terima kasih kepada keluarganya yang sudi ' menaja' makann ku...hehehheheh ...
sebenrnya jugak banyak lagi tempat aku xexplore, lagi2 tempat rumah kwn2 ku...di kuala krai, gua musang, jeli, pantai cahaya bulan....banyak lagi la....
it's o.k...ade mase nnt aku akan ke sana kembali, menjelajah negeri ini sehingga puas!!!
bye..............

Monday, June 7, 2010

Banyak benda nak Cakap....

sAlam semua yang sudi membaca blog yg xseberapa nie....
banyak perkara ingin aku perkatakan, tapi biarlah sebahagiannya menjadi entiti diriku agar bersemadi dalam jiwaku....
cerita tentang kehidupan ini memg tidak akan habis apatah lagi kita sering diuji dengan pelbagai cabaran dan masalah...boleh dikatakan setiap hari itu adalah satu proses mengenal kehidupan ini sehingga kita menjadi lebih matang....realitinya kita hidup bersama keluarga, teman, isteri dan keluarga kita sendiri...tetapi aku dapat rasakan yg pada dasarnya aku hanya hidup seorang...jgn salah sangka, hubungan aku dengan semua di sekeliling aku adalah baek dan terjamin...cuma aku dapat rasakn kita hidup di dunia ini seperti di alam kematian...yang mana pada masa itu kita hanya hidup berkeseorangan...sebb itulah kita perlu mengingati kematian pada setiap masa...kita jgn mudah fikir kita masih muda kita masih lagi lambat untuk menemui kematian...kematian yang kita temui adalh pelbagai cara, pelbagai situasi dan tidak kira umur....kematian pasti menjelma walau di mana kita berada....dan dengan cara apa kita menemui kematian...o.k mungkin sekarang kita akan berkata kematian itu pasti tetapi apakah kehidupan selepas kematian itu kita sudah sedia....apakah cukup bekalan kita untuk dibawa ke alam selepas kematian  itu....kalau ditanya aku, aku belum ckup lagi bekalan untuk ke arah itu...mudah untuk bersyahadah di mulut sahaja tetapi mampukah kita lakukan dari segi practicallity....sememangnya bukan mudah, aku tidak kata sukar atau mudah, tetapi tidak mudah...aku harap aku menemui kematianku dalam keadaan yang baik dan sejahtera, tidak lah untuk aku bercerita panjang lebar mcmn nak mati dalam keadaan baek....sebb aku pun bukanlah kategori orang yang baek...tapi jauh sekali untuk mati dalam keadaan hina dan dina.....semoga ayat di bawah dapat membantu ku.....bismillahirahmanirahim.................


.........."الله اختم علينا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوئ الخاتمة"
amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnn......................




bersambung......................

Sunday, May 16, 2010

DemI mAsa.........


"DEmi mAsa.....sESeUNggUhnYa ManusiA Itu DaLAM KerUgIAN....
kECUaLI OrANG-ORANg YANg BEriman Dan berAMAL sOlEH DAn BERWASiat (nasIHat-menasihati) deNgan kebeNaran dan BerwasIAT deNGAN kESABARan..."(surah a-aSr:1-3)
MASA....
banyak benda yang kita boleh perkatakan tentang masa...masa amat penting dalam hidup manusia...begitu pada aku, masa seolah-olah mengejarku...
aku seolah-olah dihimpit dengan kemiskinan masa
masa tidak akan menunggu ku sebaliknya aku perlu mengejar waktu itu dengan pantas....
masa tidak akan berputar kembali, mengulang apa yang telah 'madhi', dan 'lapuk'....
kadang-kadang aku terasa aku membuang masa begitu sahaja tanpa ada rasa 'bersalah' untuk mempergunakannya....
orang-orang di sekeliling kita tidak akan mempeduli masa kita malah boleh menghakimi apa sahaja tentang diri kita jika masa yang kita guna menjadi taruhan...
mereka akan berkata apa sahaja...baek keluarga kita, kawan yang sudah lama bersama kita, rakan-rakan, mereka tidak akan memahami masa kita....
kekangan masa Ku tidak dihargai menusia di sekeliling ku...apa mereka tidak faham?
kita mempunyai masa sendiri untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian...
jikalau terus untuk menghakimi masa orang laen, i think until when can you judge something that not yours?
please think, are you deserve or not to judge like that??
is it have no give and take to give me opportunity to 'use' my time properly?
let's make decision about our time....
time so jealousy....not give a little time to make more better than past...because the present is present....we no need to think about the past.........

Wednesday, May 12, 2010

Sobahul Khoir.....


how are all of you my friends??t think you are just fine and extremely in best condition...
i hope our today always be eccepted by our Great Creator, Allah is the one....nothing can be worshipped except Allah....
we just know about Allah but do you know about His knowledge and all things were given to us??
all the barakah, Rezeki, Foods, accomodation and many more we get, got and will getting from Him....
we need to be the grateful person and try to influence yourself for give and take in your life....
Allah is :
1) the Great
2) compulsory worshipped
3) and no others can appear same with Him...
basically here..........you know that....

actually, you must know something more about ALLAH!!!!
OH MY GOD, PLEASE HELP US, DON'T GIVES ME ANY CHANCES TO MAKE SOMETHING BAD AND THE MOST IMPORTANT IS NEVER LET US CONVERT OUR RELIGION THAT IS YOURS............ISLAM IS OUR WAY!!!

Thursday, May 6, 2010

selamat sORe!!!

AsSalamUlaikaum...semua KeNALan yg MengeNali dri yg Hina ini...
tapi iNsYa AllAh muLIa DI sIsi-Nya.....lamA sudAh Ku 'CuTI' dAri MenCaTaT pEna Di Laman Ni...
mUngKIn suDah kehausan idea di tanah ketandusan iNi....atau mUngkIn mencari sinar2 untuK ku membAsaHI LAMan ini deNgan kata2 Yang terperi....
inSya Allah esok AKu AKan bersIap sedia UntUk berjUang kali teRakhir di meDan peperIksaan....semOga KEputusannYa memeberansangkan dan memuaskan Hati semua "
"Pihak".......pelbagai benda dan perkara terjadi sepanjang akU di mEdan 'seNyap' DarI blog ini, banyak yg aku Tau dAri media dan di alam ku sendri...bIase la kte sebagai manusia di sisi Allah, rAkYat di sisi negara Yg sEpatutnya DEmokrasi kebebasannya, pelajar dI SISI uNIVERSiti yang byk kerenahnya...dAn anak Di sisi keluarga Yg penuh deNgan hal-Ehwal nya...semua menjanjikan seribu satu cERita yg kita tidak tau sukA atau pun duka.....hiDup ini KIta cari penuh ketenangan tEtapi nescaya lah bahawa di tengah2 nya timbul kekeliruan, kepedihan, derita , punah dan sebagainya....itu la panCaroba dunia yG menguji anak manusia uNtuk manjADi taat di sisi Nya.......

Friday, January 29, 2010

Lame BaNgEt x BuKaK!!!

Salam ....ape Kaba Sume??harp2 sume chat belaka........
sudah lame xbukak halaman blog nie.......rase rindu menjadi pelatun di laman sendiri........
rase bebas juga utk berkata melalui laman blog nie.......yelah org hanya komen sahaja, selebihnya kta bebas berfikir dengan dakyah2 kita sendri........tetapi x la smpai terkeluar dr jalan yg kt sedg titi sekrg nie........banyak yg ingin diluahkan , setelah sebulan lbih tidak melewati laman ini........namun umum sahaja aku bicara, betapa pentgnya manusi luahkan sgl emosi tidk kira di mana kerana ia sakit apabila dipendam, bertambh apabila ditelan tanpa 'pembelaan'...huhuhuhuh....org kate tlis dkat blog ni, buang mase shj......xde faedah........bg aku seng lantak aku la nak tlis ke x, nak ade blog ke x, nak komen atau tidak.........it's up to me..........who's care right??i'm is what i am...........manusia adalah bebas bersuara dan berfikir.......nobody can't force or attack.......just comment and critic profesionally............i hope all of u guys think same way with me.....but someone can judge the people by their way.....let's think about that!!!