BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 31, 2010

2010 melabuhkan tirai...

banyak yang boleh kita perkatakan tentang tahun 2010...pelbagai kisah suka dan duka boleh kita ungkapkan, begitu juga aku...ada yang membuatkan aku gembira, tidak kurang juga yang membuatkan aku lemah dan tidak berdaya melawan takdir itu...yang pasti 2010 akan berakhir malam ini...dan 2011 bakal dibuka dengan lembaran yang 'dihamparkan' dengan permulaan januari esok...aku mulakan dengan kisah suka ku...walau tidak banyak, sedikit sebanyak membuatkan aku ingin melakukan yang lebih baik di masa yang akan datang...sepanjang 2010, 2 perkara terbesar yang berlaku atas diriku yang memperlihatkan sisi kebolehan dan kegembiraan aku tahun ini...pertama, aku memasuki pertandingan debat antara fakulti mewakili pasukan komunikasi yang mana pasukan aku berjaya ditabal sebagai juara...paling membuat aku bangga pada diriku adalah apabila aku diumumkan sebagai pendebat terbaik kategori bahasa yang aku wakili...wow, satu pencapaian yang sangat aku teruja dan tidak mengharapkan menjadi juara...semoga 2011 menjadi satu titik tolak untuk aku berjinak2 di dalam dunia debat...yang kedua, ini semestinya yang aku impikan setiap kali semester baru masuk...dan semester ketiga yang lalu aku berjaya 'mencapai' cita2 ku untuk berada dalam kelompok DEKAN...mana tidaknya aku berjaya mengumpul 3.80 untuk PNGS yang terpapar...walaupun kumulatif terkumpul sepanjang 3 sem, tidak mencapai lagi 3.60, apa pun aku tetap berbangga dengan kejayaan aku...SYUKUR KE HADRAT MU YA ALLAH KERANA MEMBERI PELUANG UNTUK AKU MEMBUKTIKAN AKU JUGA MAMPU MELAKUKANNNYA....ALHAMDULILLAH....tiada apa yang aku harapkan selain untuk aku terus memantapkan keputusan aku dan cuba untuk mempertahankan keputusan itu....itulah kejayaan manis yang berharga buatku...yang pahit pula biarlah ia menjadi sempadan dalam diriku ini untuk aku baiki di tahun2 mendatang...sekian SELAMAT TINGGAL 2010 DAN PLEASE WELCOME 2011!!!!

0 comments: