BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 3, 2011

salam aidilfitri....

pejam celik, pejam celik, dah masuk raya ke-5 hari ini seluruh umat Islam menyambut Syawalyang merupakan kemenangan bagi mereka yang bertungkus lumus menjalani ibadah puasa selama sebulan...dalam perkiraan ku jua, lebih tiga minggu aku pulang dari mengerjakan umrah di Makkah Al-Mukaramah...masih terngiang suara Imam besar di makkah, terpancar juga gambaran indah di dua kota suci sana dan kekal tersemat di hati ini, pengalaman indah di sana....mengapa aku masih tidak boleh melupakan Makkah, sedangkan sudah beminggu2 aku di tanah air?sehingga kini, aku seperti berada di sana, fikiranku masih melayang di sana...kenapa Ya Allah??sungguh seronok aku berada di sana...bilakah aku boleh kembali ke sana?aku akan sentiasa berdoa yang aku akan dapat ke sana bukan sekali lagi tapi berkali-kali...rasa cemburu timbul di hati tatkala mendengar teman-teman yang sudah beberapa kali ke sana, sesungguhnya Allah jualah yang memberi keizinan...aku tekad, selepas ini aku akan kumpul duit sendiri dan akan ke sana lagi...Insya Allah...apapun, di hari raya ini, ku susun beribu kemaafan untuk kesalahan yang terdahulu, yang sedang dan yang akan datang...SALAM LEBARAN UNTUK SEMUA...

Thursday, July 28, 2011

menghitung hari....

ketika ini, hanya tinggal 5 hari sahaja lagi aku akan berlepas ke Tanah Suci Makkah, bagi mengerjakan umrah bersama mak dah ku melalui pakej yang diambil iaitu andalusia....aku tidak tahu bagaimana untuk aku mengekspresikan perasaan ku untuk aku luahkannya ke tinta blog ini....pelbagai perasaan yang menyelubungi diriku ketika ini, ada rasa suka, berdebar, takut dan sebagainya....macam-macam yang aku fikirkan, yelah pertama kali menjejakkan kaki ke negara orang, yang pada masa yang sama adalah tempat yang diidam2 kan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia....sukar untuk aku percaya juga, kerana seusia aku ini, dapat pergi ke sana walau dengan tajaan orang lain...heheheh...rezeki...tuah ayam nampak di kaki, rezeki manusia siapa yang tahu, hanya Allah sahajalah sebaik-baik pemberi rezeki....aku cuma mengharapkan keselamatan aku dan mak dah aku terjamin ketika, sepanjang dan dalam perjalanan ke sana....sungguh ku tak sangka, aku melangkah ke sana ketika waktu bulan yang ditunggu2 oleh semua, di bulan suci, bulan ramadhan...semoga bertambah barakahnya apabila aku ke sana di samping mengerjakan umrah....banyak permintaan sebenarnya ingin aku luahkan setibanya aku berada di depan kaabah nanti....hanya Allah sahaja yang tahu, apa yang penting supaya  kita sebagai umat Islam mendapat kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat....sesuatu yang kita perlu ingatkan, walau di mana kita berada untuk berdoa nescaya Allah akan makbulkan jikalau hati yang berdoa adalah ikhlas dan tulus. cuma di depan rumah Allah itu adalah sebaik-baik dan seafdhal-afdhal tempat untuk kita menadah dan menghambakan diri kepada YANG MAHA ESA.....

Monday, July 4, 2011

menanti hari keberangkatan....

Di ketika ini, aku masih meniti hari dan menanti dengan perasaan yang meluap-luap saat aku ingin menjejaki tempat yang selama ini menjadi impian ku untuk ke sana, mungkin bukan aku sahaja, hampir seluruh umat islam di dunia ini mengimpikan jasad mereka berada di sana...aku masih lagi berkira-kira hari dan waktu untuk berlepas ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah...pelbagai perasaan yang menyelubungi diriku ketika ini, ada rasa berkobar-kobar, ada rasa berdebar, ada rasa sedih, gembira dan sebagainya....i don't know how my feeling already now, because we have any feeling towards something like perform the Umrah...i am also still waiting about the session of umrah that i don't know the date...the session is very important to know the preparation of umrah, the trip, the duties and so on...i hope that Allah S.W.T help me and my mak dah to perform the umrah properly and happily...we can say that we should facing any problems or difficulties that tested to us by Allah during we stay in Mecca, so we pray always for our safety and try to survive. banyak perkara ingin aku saksikan, banyak perkara ingin aku lakukan, dan pastinya banyak pahala perlu aku kumpulkan...semoga perjalanan ini direstui dan diredhai hendakNya...amiiiin!!!!

Friday, July 1, 2011

ALHAMDULILLAH....the dreams come true....

hanya itu sahaja yang aku mampu ucapkan dan lafazkan ketika ini...sebab??alhamdulillah aku dapat mengekalkan prestasi aku dalam peperiksaan akhir untuk semester ke-4 ini..walau menurun dari segi pointer PNGS, namun aku dapat menaikkan PNGK iaitu dari 3.40 kepada 3.49....semester ini juga aku berjaya mendapat Dean List untuk sekali lagi, 3.72....agak sukar pada mulanya untuk aku target dalam semester ke-4 ini ...yelah, mungkin subject2 yang killer membuatkan aku tidak yakin...aku juga mempunyai alasan kenapa aku perlu bergembira untuk setengah tahun 2011 ini, ya, mungkin disebabkan aku juga berjaya mendapat BAND 3, untuk peperiksaan MUET yang aku ambil april lalu...syukur ke hadrat Mu ya Allah yang Maha Pemurah memberikan nikmat kejayaan yang tidak putus2...sesungguhnya Allah lah tempat ku untuk memanjatkan kejayaan dalam hidupku...mungkin ada yang begitu sinis dengan coretan ini, yelah apalah sangat dengan BAND 3 itu, tetapi itulah yang membuat aku menarik nafas lega kerana sekurang2nya aku dapat grade pada tahun sepatutnya aku grade...bukan apa, umur aku semakin meningkat, dalam mengejar cita2 ini terlampau banyak dugaan dan cabaran perlu kita tempuhi...tinggal 2 tahun sahaja lagi sebelum aku mendapatkan ijazah ku, dan jikalau tiada apa2 aku ingin menyambung dan membuat M.A...aku harap apa yang aku impikan menjadi kenyataan...dreams come true...semoga Allah permudahkan segala urusanku....amiiiinnnn.........my result for fourth semester

Wednesday, June 8, 2011

Kem Permata Insan





selesai sudah tugasku sebagai fasi untuk kanak-kanak permata insan kem kali ini, pejam celik, pejam celik, 8 hari sudah berlalu...aku masih lagi rindukan kanak-kanak itu, terutamanya adik jagaan ku, Afiq Syazani...tidak sangka pertemuan kali pertama, berpisah dengan perasaan yang amat mendalam rindunya padaku...aku sungguh terharu apabila dia meluahkan rindunya padaku melalui ibunya...satu kejayaan bagiku sebenarnya, kerana aku dapat melunaskan tanggungjawab aku terhadap kanak-kanak ini, lagi2 afiq, yang manja orangnya...setiap hari pasti aku akan teringatkan nya...itulah kuasa kasih sayang, tidak kira siapa, perbezaan negeri dan umur...aku akan sentiasa merinduinya...mungkin aku akan berjumpa dengannya untuk kem bulan 12 nie, siapa tahu??o.k la itu cerita kanak-kanak....apa yang hendak aku ceritakan adalah mengenai permata insan ini, yang baru sahaja menjalani dua kem. Pada dasarnya program ini bagus untuk melahirkan para cendekiawan Islam yang abqari seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Khayyam, Ibnu Batuta, Al-Khwarizmi dan sebagainya...tetapi apakah program ini akan berterusan sehingga objektifnya adalah untuk melahirkan golongan bijak pandai yang mempunyai pHd pada umur 21 tahun?mungkin bunyinya agak sukar untuk dilaksanakan, tetapi mungkin siapa tahu melalui program permata insan ini, perkara itu terjadi?moga-moga...kita mempunyai empat program permata, INSAN, PINTAR, SENI dan NEGARA.Dan semuanya mempunyai satu tujuan melahirkan kanak-kanak yang mempunyai IQ yang tinggi dan emlebihi tahap yang memberangsangkan....aku ingin sekali melihat perkembangan program ini dari semasa ke semasa, cuma aku mempunyai pro dan kontranya mengenai program ini...hendak dikatakan mengenai wang pelaburan untuk program ni, memg menelan belanja yang banyak....duit siapa??semua sudah tahu kan....kadang-kadang tidak terasakah kita kanak-kanak ini dijadikan sebagai bahan ujikaji untuk mengejar dasar sesebuah negara?setiap orang ada pandangan masing-masing...

Tuesday, May 24, 2011

salam rejab....

salam semua...berjumpa lagi kita di medan blog yang banyak menyimpan segala pena yang tertulis tatkala diri dilanda pelbagai perasaan yang diterjemahkan untuk mengeksperimentasikan dan mengaplikasikan di dalam kehidupan seharian....hari ini, bermula tugas ku sebagai fasilitator untuk kem permata insan yang akn berlangsung pada 29 mei ini sehinggalah 5 jun nanti...sebelum itu aku perlu menggalas segala peranan di dalam bengkel yang dijlankan selama 3 hari bermula saat ini sehinggalah 25 mei nanti...mengikut perkiraan ku, tujuanku adalah hanya untuk mencari pengalaman yang sebanyak mungkin menjadi seorang fasilitator, iaitu seorang pembimbing kepada orang yang kita awasi...selain tidak dapat dinafikan, aku mencari duit poket untuk pertambahan simpanan ku dan mengisi masa ku yang terbuang pada waktu cuti yang begitu panjang tempohnya...apa sebenarnya yang bermain di kotak fikiranku ini adalah, apabila ingatan ku mula berputar di saat kata2 yang keluar dari mulut dr. othman, yang juga penggerak kepada kem ini, bahawasanya aku menjadi pembimbing kepada kanak2 yang mempunyai IQ yang agak tinggi...bukan agak tapi memang tinggi....lantas aku berfikir, sejauh manakah kehandalan IQ mereka??dan apakah aku yang lebih berusia daripada mereka tidak setaraf dengan mereka?tetapi bagaimana aku menjadi fasi??seperti yang dijelaskan dr., kanak2 ini perlu diikut rentaknya, sesmemangnya mereka ini di kalangan orang yang bijak pandai, tetapi tidak semestinya mereka sempurna sepenuhnya...mereka juga perlu dibimbing dan dipantau agar tidak tersilap jalan....cuma pabila kita bergaul dengan mereka, kita akan merasai bakat dan kebolehan yang kita cari selama ini....hmmm, bercakap mengenai bakat, sehingga sekarang aku tertanya2, apakah sebenarnya yang ada pada diriku tiada pada orang lain??aku kepingin sekali jawapan itu...dan jawapan aku inginkan adalah tepat dan betul...aku belum menemui seseorang yang boleh aku jadikan 'cermin' untuk aku menilai bakat dan kebolehan ku...aku berharap Allah akan menemukan aku seorang insan yang tahu menghargai aku dan mengesan bakat ku yang selama ini aku tidak pernah tahu langsung tentang itu....dan aku akan terus menanti hingga ke saat ini....dan apabila nafasku berakhir....

Thursday, April 21, 2011

Salam...pembuka bicara...

Sementelah 2 bulan tidak menjengah, diri ini kembali 'mewarnai' dunia blog yang semakin dibiarkan 'usang' tetapi tidak pernah lapuk dek panas dan hujan...kesibukan barangkali menjadi batu penghalang kepada ketiadaan masaku untuk segalanya....sehinggalah keberadaan ku di minggu 'study week' ini sebelum melangkah ke peperiksaan akhir untuk semester 4 ini... pejam celik, aku sudah berada di ambang ke pengakhiran semester yang diidamkan semua...apa tidaknya, ada yang seronok untuk cuti selepas ini, ada yang bercadang untuk bercuti, ada yang bercadang mendapatkan pendapatan lebih dan sebagainya....tidak kiralah apa yang kita lakukan, yang pasti selama 4 bulan berkelana, tidak mudah untuk kita membuat kerja-kerja 'melepaskan batuk di tangga". Berbalik pada cerita peperiksaan tadi, apakah mungkin aku dapat mengekalkan keputusan memberansangkan dari semester lepas?sukar untuk diakui....september 2011, menyaksikan pembahagian atau pengkhususan yang perlu kami buat samada kewartawanan mahupun penyiaran...bagiku kedua2nya istimewa bagiku, mana tidaknya, kedua2nya sungguh seronok untuk aku mengikutinya....tetapi aku harus memilih satu darinya...WARTAWAN ATAU PENYIARAN??bingung ku memikirkannya....lebih kurang 4 bulan, aku perlu membuat keputusan yang tepat untuk diriku sekaligus untuk masa depan ku....aku tidak mahu diburu rasa menyesal dan tidak berpuas hati....sebolehnya, keputusan itu membuat kan aku tenang dan ceria untuk jangka masa yang lama....ALLAH, bantu aku mencari kepastian yang sentiasa diselit rasa keraguan....