BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 8, 2011

Kem Permata Insan





selesai sudah tugasku sebagai fasi untuk kanak-kanak permata insan kem kali ini, pejam celik, pejam celik, 8 hari sudah berlalu...aku masih lagi rindukan kanak-kanak itu, terutamanya adik jagaan ku, Afiq Syazani...tidak sangka pertemuan kali pertama, berpisah dengan perasaan yang amat mendalam rindunya padaku...aku sungguh terharu apabila dia meluahkan rindunya padaku melalui ibunya...satu kejayaan bagiku sebenarnya, kerana aku dapat melunaskan tanggungjawab aku terhadap kanak-kanak ini, lagi2 afiq, yang manja orangnya...setiap hari pasti aku akan teringatkan nya...itulah kuasa kasih sayang, tidak kira siapa, perbezaan negeri dan umur...aku akan sentiasa merinduinya...mungkin aku akan berjumpa dengannya untuk kem bulan 12 nie, siapa tahu??o.k la itu cerita kanak-kanak....apa yang hendak aku ceritakan adalah mengenai permata insan ini, yang baru sahaja menjalani dua kem. Pada dasarnya program ini bagus untuk melahirkan para cendekiawan Islam yang abqari seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Khayyam, Ibnu Batuta, Al-Khwarizmi dan sebagainya...tetapi apakah program ini akan berterusan sehingga objektifnya adalah untuk melahirkan golongan bijak pandai yang mempunyai pHd pada umur 21 tahun?mungkin bunyinya agak sukar untuk dilaksanakan, tetapi mungkin siapa tahu melalui program permata insan ini, perkara itu terjadi?moga-moga...kita mempunyai empat program permata, INSAN, PINTAR, SENI dan NEGARA.Dan semuanya mempunyai satu tujuan melahirkan kanak-kanak yang mempunyai IQ yang tinggi dan emlebihi tahap yang memberangsangkan....aku ingin sekali melihat perkembangan program ini dari semasa ke semasa, cuma aku mempunyai pro dan kontranya mengenai program ini...hendak dikatakan mengenai wang pelaburan untuk program ni, memg menelan belanja yang banyak....duit siapa??semua sudah tahu kan....kadang-kadang tidak terasakah kita kanak-kanak ini dijadikan sebagai bahan ujikaji untuk mengejar dasar sesebuah negara?setiap orang ada pandangan masing-masing...

0 comments: