BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 24, 2011

salam rejab....

salam semua...berjumpa lagi kita di medan blog yang banyak menyimpan segala pena yang tertulis tatkala diri dilanda pelbagai perasaan yang diterjemahkan untuk mengeksperimentasikan dan mengaplikasikan di dalam kehidupan seharian....hari ini, bermula tugas ku sebagai fasilitator untuk kem permata insan yang akn berlangsung pada 29 mei ini sehinggalah 5 jun nanti...sebelum itu aku perlu menggalas segala peranan di dalam bengkel yang dijlankan selama 3 hari bermula saat ini sehinggalah 25 mei nanti...mengikut perkiraan ku, tujuanku adalah hanya untuk mencari pengalaman yang sebanyak mungkin menjadi seorang fasilitator, iaitu seorang pembimbing kepada orang yang kita awasi...selain tidak dapat dinafikan, aku mencari duit poket untuk pertambahan simpanan ku dan mengisi masa ku yang terbuang pada waktu cuti yang begitu panjang tempohnya...apa sebenarnya yang bermain di kotak fikiranku ini adalah, apabila ingatan ku mula berputar di saat kata2 yang keluar dari mulut dr. othman, yang juga penggerak kepada kem ini, bahawasanya aku menjadi pembimbing kepada kanak2 yang mempunyai IQ yang agak tinggi...bukan agak tapi memang tinggi....lantas aku berfikir, sejauh manakah kehandalan IQ mereka??dan apakah aku yang lebih berusia daripada mereka tidak setaraf dengan mereka?tetapi bagaimana aku menjadi fasi??seperti yang dijelaskan dr., kanak2 ini perlu diikut rentaknya, sesmemangnya mereka ini di kalangan orang yang bijak pandai, tetapi tidak semestinya mereka sempurna sepenuhnya...mereka juga perlu dibimbing dan dipantau agar tidak tersilap jalan....cuma pabila kita bergaul dengan mereka, kita akan merasai bakat dan kebolehan yang kita cari selama ini....hmmm, bercakap mengenai bakat, sehingga sekarang aku tertanya2, apakah sebenarnya yang ada pada diriku tiada pada orang lain??aku kepingin sekali jawapan itu...dan jawapan aku inginkan adalah tepat dan betul...aku belum menemui seseorang yang boleh aku jadikan 'cermin' untuk aku menilai bakat dan kebolehan ku...aku berharap Allah akan menemukan aku seorang insan yang tahu menghargai aku dan mengesan bakat ku yang selama ini aku tidak pernah tahu langsung tentang itu....dan aku akan terus menanti hingga ke saat ini....dan apabila nafasku berakhir....