BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 8, 2010

Berakhirnya Malam penuh bermakna...

Malam ini, malam terakhir kita berterawih. Malam ini jua malam terakhir untuk ku merebut malam yang diidami ramai, malam Lailatul Qadar...malam yang menjanjikan seribu satu kemanisan bagi yang terpilih....
terasa 'berbunga' untukku meninggalkan malam ini...aku perlu menunggu selama setahun lagi untuk aku kembali merebut peluang yang paling berharga ini....
adakah mungkin aku akn dapat bertemu dengan Ramadhan lagi di masa yg mendatang...sungguh  berat untuk aku lepaskan ramadhan ini sehinggakan sukar untuk aku menerima kehadiran bulan yang baru...
esok kita bakal meninggalkan satu bulan  yang sungguh istimewa...membuatkan ramai terasa sayu pada kehidupan dan bersifat patuh pada Yang Satu...bukan menidakkan kelebihan bulan yang lain tetapi inilah harga satu bulan yang tidak ada tara dan tandingannya....
tentang Lailatul Qadar, mungkin tiada rezeki untuk ku tahun ini...mungkin tahun yang akan datang, siapa tahu....
ape pun, tidak perlu untuk kita bersedih kerana pada setiap bulan yang kita lalui, sesungguhnya ada kelebihan yang dijanjikanNya....
bersedia lah menghadapi bulan-bulan yang mendatang selepas ini....

WIDA'AN RAMADHAN, AHLAN WASAHLAN YA SYAWAL!!!

Saturday, September 4, 2010

" Manusia itu istimewa, dijadikan Pencipta yang satu, dilahirkan dalam pelbagai bentuk dan rupa...mempunyai pelbagai kelebihan, tidak lepas juga kekurangan, mempunyai akal yang tiada pada makhluk yang selainNya..
namun masihkah ada sekelumit kesyukuran dalam secebis dan jauh di sudut hati kita?
terkadang aku mentafsir diriku sebagai manusia iaitu hamba yang mahu segala-galanya walau kemahuan itu tidak hadir lagi dalam kehidupanku...setiap hari yang dilalui adalah menjadi kekuatan ku untuk berfikir secara mendalam, berfikir tentang macam-macam hidup ini...andai ku tinta kan kehidupan ku dari badanku sekecil anak-anak yang tiada dosa sehingga la aku menjadi mumaiyiz, rasanya dakwat tinta yang ku beli berdozen-dozen pun tidak cukup untk aku tumpahkannya...setiap fasa kehidupan kita, menjadi nadi sebuah perjuangan kerana setiap fasa itulah kita mempunyai peluang untuk terus memberi apa yang terbaik dari yang terbaik untuk diri yang hina dan dina , yang tidak pernah lari dari kekhilafan yang banyak....aku menulis atas apa untuk ditulis, bukan menulis apa yang sudah tertulis...."