BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 31, 2010

2010 melabuhkan tirai...

banyak yang boleh kita perkatakan tentang tahun 2010...pelbagai kisah suka dan duka boleh kita ungkapkan, begitu juga aku...ada yang membuatkan aku gembira, tidak kurang juga yang membuatkan aku lemah dan tidak berdaya melawan takdir itu...yang pasti 2010 akan berakhir malam ini...dan 2011 bakal dibuka dengan lembaran yang 'dihamparkan' dengan permulaan januari esok...aku mulakan dengan kisah suka ku...walau tidak banyak, sedikit sebanyak membuatkan aku ingin melakukan yang lebih baik di masa yang akan datang...sepanjang 2010, 2 perkara terbesar yang berlaku atas diriku yang memperlihatkan sisi kebolehan dan kegembiraan aku tahun ini...pertama, aku memasuki pertandingan debat antara fakulti mewakili pasukan komunikasi yang mana pasukan aku berjaya ditabal sebagai juara...paling membuat aku bangga pada diriku adalah apabila aku diumumkan sebagai pendebat terbaik kategori bahasa yang aku wakili...wow, satu pencapaian yang sangat aku teruja dan tidak mengharapkan menjadi juara...semoga 2011 menjadi satu titik tolak untuk aku berjinak2 di dalam dunia debat...yang kedua, ini semestinya yang aku impikan setiap kali semester baru masuk...dan semester ketiga yang lalu aku berjaya 'mencapai' cita2 ku untuk berada dalam kelompok DEKAN...mana tidaknya aku berjaya mengumpul 3.80 untuk PNGS yang terpapar...walaupun kumulatif terkumpul sepanjang 3 sem, tidak mencapai lagi 3.60, apa pun aku tetap berbangga dengan kejayaan aku...SYUKUR KE HADRAT MU YA ALLAH KERANA MEMBERI PELUANG UNTUK AKU MEMBUKTIKAN AKU JUGA MAMPU MELAKUKANNNYA....ALHAMDULILLAH....tiada apa yang aku harapkan selain untuk aku terus memantapkan keputusan aku dan cuba untuk mempertahankan keputusan itu....itulah kejayaan manis yang berharga buatku...yang pahit pula biarlah ia menjadi sempadan dalam diriku ini untuk aku baiki di tahun2 mendatang...sekian SELAMAT TINGGAL 2010 DAN PLEASE WELCOME 2011!!!!

Monday, December 27, 2010

90 minit yang mendebarkan...

Pasti semalam adalah berita yang paling menggembirakan semua rakyat Malaysia ...semua sudah sedia maklum, Malaysia berjaya membenam Indonesia 3-0 untuk pusingan akhir yang pertama....tetapi belum lagi untuk ditabalkan sebagai juara Piala suzuki AFF apabila Malaysia perlu bergempur dalam perlawanan akhir yang kedua pada rabu ini....bukan mudah untuk berjuang habis2 an dalan 90 minit nie....yang penting strategi dan kemantapan pasukan perlu ada bagi menghadapi pihak lawan...
tahniah kepada safee sali dan mohd ashari yang begitu menawan melepasi benteng Indonesia yang seakan-akan menyekat kemaraan Malaysia...tahniah juga kepada Norshahrul Idlan Talha yang sepaptutnya diberi kredit atas kejayaan 'merancang' bola yang begitu cantik untuk disempurnakan dua rakan sepasukannya itu...sungguh menakjubkan!!
pastinya debaran kian terasa lagi apabila 90 minit lagi manjadi medan Malaysia kembali menebus maruah yang sedikit tercalar kebelakangan ini gara2 turun naik nya prestasi Malaysia...apapun tanpa sokongan rakyat, tidak mudah untuk Malaysia menghadap secara fizikalnya....di antara 85, 000 orang yang memenuhi stadium bukit jalil, bukan lah sesuatu yang mudah untuk kita lihat untuk jangka masa yang agak lama...sememangnya rakyat kempunan untuk melihat Malaysia gah di mata kita....sememangnya aku pun ingin ke Indonesia tetapi hanyalah propa sahaja...aku hanya mampu melihat di kaca t.v memeberi sokongan yang tidak berbelah bahagi....WAHAI HARIMAU NEGARA, TOLONG LAH JANGAN HAMPA KAN KAMI!!

Tuesday, December 21, 2010

AntarA DuA pILihan....

assalamualaikum....
bersua kita lagi dalam laman luahan hati yang tidak seberapa ini....
yelah, blog, salah satu tempat untuk kita meluahkan segala perasaan, baik atau buruk, komen, pandangan dan senang cerita boleh kita amalkan apa yang dipanggil sebagai 'freedom of Speech'....tetapi kalau dekat malaysia ni, jangan lah sampai kita menyentuh hal-hal atau bab2 yang berkaitan isu sensitif...semuanya sudah termaktub di dalam perlembagaan bukan??
o.k lah bukan ini yang aku nak sampaikan pada hari ini...entah lah hari ini aku dapat merasakan aku berada di pertengahan persimpangan?persimpangan apa yang aku maksudkan ni?
macam ni lah, kita hidup di dunia ini sebenarnya diberi dua pilihan, samada kita memilih jalan yang putih atau erti kata lain jalan yang baik dan lurus...dan satu lagi jalan iaitu jalan kelam dan hitam yakni jalan yang bersimpang siur dan tidak tentu hala....sebb itulah kita perlu berada di tengah2 persimpangan antara dua jalan ini samada memilih yang baik atau yang buruk....Allah telah jadikan seluruh manusia ini serupa dan tiada tandinganNya....tetapi setelah Allah jadikan, manusia adalah ditugaskan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini...tetapi apakah semua manusia itu baik atau jahat adalah terletak pada kehendaknya sendiri....ikut kata nafsu sememangnya kita akan terjerumus ke lembah yang kelam dan hina...andainya kita memilih jalan yang terbaik, hasilnya adalah apa yang dituntut oleh Allah sebenarnya...kadang-kadang kita terasa jalan yang kita pilih adalah yang baik, tetapi kita tidak sedar kadang-kadang ia terganggu di tengah2 kehidupan kita...sebb itulah daripada manusia yang baik , ia akan berubah menjadi manusia yang mazmumah sifatnya....dan begitu juga sebaliknya...jadi bagaimana kita nak maintain kan kelurusan jalan yang kita pilih??
senang jer...TEPUK DADA TANYALAH IMAN...

Thursday, December 16, 2010

Malaysia yang amat membanggakan aku...

2-0. itulah no. keramat bagi pasukan Malaysia yg baru je menang ke atas Vietnam untuk piala Suzuki yang berlansung malam semalam....
cayalah Malaysia!!walaupun baru separuh akhir pertama, bagi aku Malaysia menunjukkan kesungguhan untuk memburu gelaran edisi ini. pada sabtu ni, bakal memperlihatkan sisi perjuangan sebenar Malaysia dalam menempah tiket ke final apabila beraksi untuk semi final ke-2. apa yang pasti bukan mudah untuk menangkis perasaan apabila berlawan di gelanggang lwan..apa yang pasti Malaysia perlukan persediaan fizikal dan mental yang terlalu mantap untuk perlawann sabtu ini...hmmm xsabar aku nak tgk....jangan lah Malaysia mengecewakan aku....ayuh Malaysia!!bangun memburu misi yang kan menjulang namamu di persada sebenar....walaupun, pasukn Malaysia tidak konsisiten dari segi pencapaian tetapi aku sebagai anak bumi Malaysia perlu menyatakan sokongan yang tidak terperi kepada skuad harimau kita....GO MALAYSIA!GO!GO!GO!

Thursday, December 9, 2010

Jika diizinkanNya...

Wednesday, December 8, 2010

salam semua...

masih berkesempatan menulis blog pada hari ini...yelah kalau dlu hanya sebulan sekali aku menulis...tapi untuk bulan disember ni sahaja aku da menulis 3 post..hehehehe..xbule la nak bandingkan dengan org yg tlis hari2 kan...xpe la lupekan benda nie...sempena dengan awl tahun baru ini yang sudah pun memasuki 1432hijriyah nie, banyak sebenarnya yg kita bule buat tetapi ikutlah kemampuan kita...andai ada yg xberkesempatan buat di hari yg lain..bukan bermakna tahun baru kene buat semua baru kan...berpadalah dalam membuat sebarang anjakan...anjakan para digma...kita diberi banyak pilihan samada membuat sesuatu yang baik atau sederhana baik..jgn lah sesekali melakukan yg kurg baik..k wassalam..

Tuesday, December 7, 2010

5-1

ape lah yang 5-1 nie....
assalamualaikum...hahahahah....kalau nak tau ini lah no. keramat untuk hari ini...
no.keramat ape agknyer?sudah tentu la 'game' untuk perlawanan piala suzuki peringkat kumpulan antara Malaysia menentang Laos...dan lebih menggembirakan Malaysia berjaya melangkah ke separuh akhir yang mungkin akn menentang Filipina atau pun Vietnam...hmmm, satu kejutan juga bagi pasukan underdog seperti Filipina yang tidak disebut2 pun untuk menjuarai peringkat kumpulan B...apa yang pasti Malaysia harus berterima kasih kepada Indonesia kerana mengalahkan THailand dengan 2-1....agak menghampakan jika Thailand mengatasi Indonesia...sebaik la bukan satu kenyataan....
kepada peminat bola sepak tempatan, sama2 lah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan Harimau kerana siapa lagi hendak menjadi tulang belakang jikalau bukan kita...huhuhuhuhhu....
same2 la kita lihat nanti prestasi demi prestasi negara dalam pusingan separuh akhir nanti....
jikalau lah aku berada di bumi Palembang pada masa ini, mungkin aku juga merasai kehangatan piala ini di sana....tetapi melihatkan stadium ug bagai 'hidup segan mati tak mahu' itu, aku pun xsemangat....
berbeza dengan apa yang kita lihat di eropah, tidak kira la SERIE A ker, EPL ker, LIGA JUARA2 ker....sumenyer penuh kan....jeles plak tgk...xpe la mungkin berlaku satu revolusi kepada peminat bola sepak negara satu hari nanti mana la tau...k la ckup setakat nie aku 'membebel'...chow!!

Friday, December 3, 2010

Assalamualaikum dan Slam 1 Malaysia...

heheehheheh....kedengaran seperti mengampu kerjaan je kan?hehehe....sebenarnya sudah lama slogan ini digunapakai tetapi baru diwar2kan secara menyeluruh...xpe, kita tutup kisah ini...
yang penting aku telah "merdeka"...merdeka untuk kali yang kedua...merdeka dari peperiksaan yang sudah berakhir 30 nov lalu....sungguh teruja hatiku ini menyambut cuti yang aku anggap kali ini "cuti sakan"...
mana tidaknya 2 sem cuti yang lalu, penuh dengan program di usim...jd di kesempatan cuti ini boleh la aku "membalas segala dendam"....heheheheeheh..tapi masih tiada perancangan dibuat lagi untuk cuti ini....pelbagai perkara sedang ligat bermain di kepala ku ketika ini...maklumlah darah muda, hendak enjoy tahunya....
tapi xla sampai xingat dunia...ada batasnya...di kesempatan ini juga aku menikmati percutian di rumah yang mana menggamit memori ke zaman perekolahan dlu....di sini lah tempat aku ulang alik ke sekolah...kadang aku menghayati suasana di luar rumah, kadang aku memanjakan diri diruang tamu, kadang aku menyepi keseorangn di kamar tidur....semua itu adalah memori yang tersangat tidak boleh lupa....setakat ini sahaja coretan ku ...wassalm...