BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 27, 2010

90 minit yang mendebarkan...

Pasti semalam adalah berita yang paling menggembirakan semua rakyat Malaysia ...semua sudah sedia maklum, Malaysia berjaya membenam Indonesia 3-0 untuk pusingan akhir yang pertama....tetapi belum lagi untuk ditabalkan sebagai juara Piala suzuki AFF apabila Malaysia perlu bergempur dalam perlawanan akhir yang kedua pada rabu ini....bukan mudah untuk berjuang habis2 an dalan 90 minit nie....yang penting strategi dan kemantapan pasukan perlu ada bagi menghadapi pihak lawan...
tahniah kepada safee sali dan mohd ashari yang begitu menawan melepasi benteng Indonesia yang seakan-akan menyekat kemaraan Malaysia...tahniah juga kepada Norshahrul Idlan Talha yang sepaptutnya diberi kredit atas kejayaan 'merancang' bola yang begitu cantik untuk disempurnakan dua rakan sepasukannya itu...sungguh menakjubkan!!
pastinya debaran kian terasa lagi apabila 90 minit lagi manjadi medan Malaysia kembali menebus maruah yang sedikit tercalar kebelakangan ini gara2 turun naik nya prestasi Malaysia...apapun tanpa sokongan rakyat, tidak mudah untuk Malaysia menghadap secara fizikalnya....di antara 85, 000 orang yang memenuhi stadium bukit jalil, bukan lah sesuatu yang mudah untuk kita lihat untuk jangka masa yang agak lama...sememangnya rakyat kempunan untuk melihat Malaysia gah di mata kita....sememangnya aku pun ingin ke Indonesia tetapi hanyalah propa sahaja...aku hanya mampu melihat di kaca t.v memeberi sokongan yang tidak berbelah bahagi....WAHAI HARIMAU NEGARA, TOLONG LAH JANGAN HAMPA KAN KAMI!!

0 comments: