BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 4, 2010

" Manusia itu istimewa, dijadikan Pencipta yang satu, dilahirkan dalam pelbagai bentuk dan rupa...mempunyai pelbagai kelebihan, tidak lepas juga kekurangan, mempunyai akal yang tiada pada makhluk yang selainNya..
namun masihkah ada sekelumit kesyukuran dalam secebis dan jauh di sudut hati kita?
terkadang aku mentafsir diriku sebagai manusia iaitu hamba yang mahu segala-galanya walau kemahuan itu tidak hadir lagi dalam kehidupanku...setiap hari yang dilalui adalah menjadi kekuatan ku untuk berfikir secara mendalam, berfikir tentang macam-macam hidup ini...andai ku tinta kan kehidupan ku dari badanku sekecil anak-anak yang tiada dosa sehingga la aku menjadi mumaiyiz, rasanya dakwat tinta yang ku beli berdozen-dozen pun tidak cukup untk aku tumpahkannya...setiap fasa kehidupan kita, menjadi nadi sebuah perjuangan kerana setiap fasa itulah kita mempunyai peluang untuk terus memberi apa yang terbaik dari yang terbaik untuk diri yang hina dan dina , yang tidak pernah lari dari kekhilafan yang banyak....aku menulis atas apa untuk ditulis, bukan menulis apa yang sudah tertulis...."

0 comments: