BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 28, 2011

menghitung hari....

ketika ini, hanya tinggal 5 hari sahaja lagi aku akan berlepas ke Tanah Suci Makkah, bagi mengerjakan umrah bersama mak dah ku melalui pakej yang diambil iaitu andalusia....aku tidak tahu bagaimana untuk aku mengekspresikan perasaan ku untuk aku luahkannya ke tinta blog ini....pelbagai perasaan yang menyelubungi diriku ketika ini, ada rasa suka, berdebar, takut dan sebagainya....macam-macam yang aku fikirkan, yelah pertama kali menjejakkan kaki ke negara orang, yang pada masa yang sama adalah tempat yang diidam2 kan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia....sukar untuk aku percaya juga, kerana seusia aku ini, dapat pergi ke sana walau dengan tajaan orang lain...heheheh...rezeki...tuah ayam nampak di kaki, rezeki manusia siapa yang tahu, hanya Allah sahajalah sebaik-baik pemberi rezeki....aku cuma mengharapkan keselamatan aku dan mak dah aku terjamin ketika, sepanjang dan dalam perjalanan ke sana....sungguh ku tak sangka, aku melangkah ke sana ketika waktu bulan yang ditunggu2 oleh semua, di bulan suci, bulan ramadhan...semoga bertambah barakahnya apabila aku ke sana di samping mengerjakan umrah....banyak permintaan sebenarnya ingin aku luahkan setibanya aku berada di depan kaabah nanti....hanya Allah sahaja yang tahu, apa yang penting supaya  kita sebagai umat Islam mendapat kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat....sesuatu yang kita perlu ingatkan, walau di mana kita berada untuk berdoa nescaya Allah akan makbulkan jikalau hati yang berdoa adalah ikhlas dan tulus. cuma di depan rumah Allah itu adalah sebaik-baik dan seafdhal-afdhal tempat untuk kita menadah dan menghambakan diri kepada YANG MAHA ESA.....

0 comments: