BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 10, 2011

salam semua...

salam hormat dariku untuk semua...hari ini aku bertinta lagi di blog ini.................
di sini lah aku melepaskan segala perasaan  dan ketidakpuasan hatiku demi memuaskan hati yang tiada ketenteraman, bergundah gulana...
aku manusia biasa yang menjalani kehidupan seharian ku tanpa mengenal erti jemu dan puas, melainkan tiada lagi jasad ku di dunia yang fana' ini...
aku  sedar aku mempunyai 1001 kekurangan yang tiada pada orang lain, kadang-kadang naluri kecil ku seolah-olah terasa dengan sindiran yang diberikan...tapi aku tabah dan sabar menghadapi kerenah dunia ini...sebolehnya ingin aku menangis sekuat hati dan bertanya mengapa terjadi pada aku??aku manusia yang lantas berfikir bahawa aku manusia yang tidak pernah lari dari 'gangguan' di sekeliling...kadang-kadang perit untuk aku menerimanya Ya Allah dengan apa yang aku lalui sekarang...ada satu masa, aku bagai terasa seolah-olah akulah yang pandai dalam segala hal, akulah yang terpilih, akulah yang mempunyai kelebihan mengatasi orang lain, akulah ada kekuatan yang tiada pada orang lain...tapi yang sebenarnya adalah yang terbaliknya, kerana aku bukan pandai, sebab aku perlu banyak mempelajari perkara baru, masih bnyak yang aku kurang yakin...dan tidak selalunya aku terpilih, kerana kadang-kdang aku akan disingkirkan...dan aku bertanya pada diri sendiri, apa kelebihan aku sebenarnya yang aku boleh tunjuk pada semua orang??aku cemburu melihat kelebihan orang lain, hatta kawan aku yang mempunyai suara yang sedap pun aku tak mampu untuk memilikinya...aku sedar aku tiada kelebihan itu...tapi Ya Allah , Kau tunjukkan lah kelebihan aku sebenarnya??aku tidak menangis pada fizikal tetapi ku menangis pada batinku...hati dan batinku menjerit seolah-olah aku adalah kosong sebenarnya..aku pun meningkat dewasa yang tak perlu aku tunjuk menangis ku di depan orang lain...bagaimana untuk aku menjadi kuat dan tahan dengn ujian Mu walau sekecil zarah??
aku hanya sentiasa berdoa padaMu Ya Allah supaya aku tiada bercanggung emikirkan hal2 yang remeh ...

0 comments: