BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 8, 2011

selamat pagi....


Assalamulaikum terlebih dahulu...sebelum aku memulakan bicara ku pagi yang cukup indah ini....sebagai mukaddimah, apa kata kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta inayah NYA dapat lagi aku bernafas di muka bumiNYA yang indah ini....aku masih lagi diberi nyawa oleh Allah atas kesempatan dunia yang sementara ini.....cube kita fikir sejenak jikalau kita hanya diberi kesempatan untuk hidup untuk seketika, apa yang perlu kita buat??waima, kita hanya ada beberapa tempoh untuk menikmati dunia ini?tentulah kita perlu mencari keredhaan Allah terlebih dahulu kerana baik dan buruk kita hanya Allah sahaja yang dapat menerima...sesungguhnya Dia jualah yang menjadikan kita di muka bumi, dan Dia jugalah yang berhak mengembalikan kita pada sebelum kita di dunia ini....cabaran dan dugaan Allah tidak akan berhenti selagi kita hidup di dunia yang faa' ini....kita hanyalah khalifah yang perlu melunaskan tanggungjawab kita dengan menghadapi segalanya dengan tenang dan sabar....kerana sifat itulah yang menjadi benteng yang kuat untuk kita menghadapi dunia yang serba serbi ini....kita adalah serupa di muka bumi ini walau berlainan jantina, bangsa, kulit, rupa kerana di dunia jika kekayaan, kehidupan dan penampilan yang membezakan, kita perlu berfikir di alam akhirat kelak yang mana manusia ini akan berkumpul di satu tempat sebagai di bawah jenama yang sama iaitu MAKHLUK ALLAH...sekian....

0 comments: