BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 10, 2011

tolong ingatkan aku....

assalamualaikum, berjumpa lagi kita di hari dan waktu berbahagia ini....hahahha hari ini aku nak ulas sikit tentang 'tolong ingatkan aku'...ape sebenarnya ni??hmmm...tajuk ini merupakan tajuk untuk lagu Ana Raffali yang baru sahaja menggondol Anugerah Juara Lagu yang ke-25...sekaligus mengungguli wang sejumlah RM 35,000....agak terkejut juga aku apabila lagu ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi berdarah kacukan itu memenanginya...tanpa di sangka-sangka la katekan...tapi nak buat macamane sebb jurinya adalah terdiri daripada orang-orang yang handal dalam bidang muzik termasuk lah M.Nasir....tempat kedua pula, lagu yang menjadi pilihan aku untuk menjuarai juara lagu tetapi berkesudahan di tempat kedua, iaitu lagu Drama King nyanyian Meet Uncle Hussein feat. Black...dan tanpa disangka juga tempat ketiga memg tidak disangka lagu ni boleh berada di tempat ketiga iaitu Noktah Cinta ciptaan Ajai yang disempurnakan dengan kemas oleh Hafiz AF7, yang juga membawa gelaran Vokal Terbaik pada malam itu menewaskan juara vokal tahun lalu, Black....sesuatu yang agak unik untuk aku perkatakan apabila melihat persembahan Faizal Tahir dalam Hanyut ternyata memberi kepuasan kepada penonton tentang keseluruhan persembahannya yang memukau apabila dia secara gimiknya menjatuhkan diri ke dalam air...sesuatu yang tidak pernah dijangkakan dalam mana-mana persembahan artis sebelum ini...tak mustahil lah dia membawa pulang trofi persembahan terbaik....apapun AJL25 mengundang seribu satu kejutan apabila tolong ingatkan aku 'beg the title'...aku suka lagu itu cuma mungkin aku rasa ada lagi lagu lain yang layak untuk menang...apapun tahniah pada Ana Raffali...percubaan pertama ke AJL membuahkan hasil....tahniah juga pada semua contestants seperti Yuna, Bunkface, A.P.I dan ramai lagi yang melakukan persembahan yang terhebat...cume kekurangan terlihat pada pembukaan AJL25, yang tidak begitu gah berbanding tahun lepas yang mana Dato' Siti Nurhaliza bergabung bersama Azlan untuk Lagu Untukmu yang menunjukkan kemantapan vokal dan persembahan mereka....sememangnya pembukaan sebegitulah yang amat dinantikan sebenarnya....tapi sayang untuk tahun ini, telah dipersiakan...tetapi aku harus berbangga juga kerana Dato' Siti jugalah jadi penyelamat untuk persembahan selingan...sememangnya dia adalah diva yang tiada galang gantinya...tahniah Siti dan semua pemenang!!.

0 comments: