ketika ini, hanya tinggal 5 hari sahaja lagi aku akan berlepas ke Tanah Suci Makkah, bagi mengerjakan umrah bersama mak dah ku melalui pakej yang diambil iaitu andalusia....aku tidak tahu bagaimana untuk aku mengekspresikan perasaan ku untuk aku luahkannya ke tinta blog ini....pelbagai perasaan yang menyelubungi diriku ketika ini, ada rasa suka, berdebar, takut dan sebagainya....macam-macam yang aku fikirkan, yelah pertama kali menjejakkan kaki ke negara orang, yang pada masa yang sama adalah tempat yang diidam2 kan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia....sukar untuk aku percaya juga, kerana seusia aku ini, dapat pergi ke sana walau dengan tajaan orang lain...heheheh...rezeki...tuah ayam nampak di kaki, rezeki manusia siapa yang tahu, hanya Allah sahajalah sebaik-baik pemberi rezeki....aku cuma mengharapkan keselamatan aku dan mak dah aku terjamin ketika, sepanjang dan dalam perjalanan ke sana....sungguh ku tak sangka, aku melangkah ke sana ketika waktu bulan yang ditunggu2 oleh semua, di bulan suci, bulan ramadhan...semoga bertambah barakahnya apabila aku ke sana di samping mengerjakan umrah....banyak permintaan sebenarnya ingin aku luahkan setibanya aku berada di depan kaabah nanti....hanya Allah sahaja yang tahu, apa yang penting supaya kita sebagai umat Islam mendapat kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat....sesuatu yang kita perlu ingatkan, walau di mana kita berada untuk berdoa nescaya Allah akan makbulkan jikalau hati yang berdoa adalah ikhlas dan tulus. cuma di depan rumah Allah itu adalah sebaik-baik dan seafdhal-afdhal tempat untuk kita menadah dan menghambakan diri kepada YANG MAHA ESA.....
Thursday, July 28, 2011
menghitung hari....
Posted by Ayoi_labu at 11:16 AM 0 comments
Monday, July 4, 2011
menanti hari keberangkatan....
Posted by Ayoi_labu at 12:09 PM 0 comments
Friday, July 1, 2011
ALHAMDULILLAH....the dreams come true....
hanya itu sahaja yang aku mampu ucapkan dan lafazkan ketika ini...sebab??alhamdulillah aku dapat mengekalkan prestasi aku dalam peperiksaan akhir untuk semester ke-4 ini..walau menurun dari segi pointer PNGS, namun aku dapat menaikkan PNGK iaitu dari 3.40 kepada 3.49....semester ini juga aku berjaya mendapat Dean List untuk sekali lagi, 3.72....agak sukar pada mulanya untuk aku target dalam semester ke-4 ini ...yelah, mungkin subject2 yang killer membuatkan aku tidak yakin...aku juga mempunyai alasan kenapa aku perlu bergembira untuk setengah tahun 2011 ini, ya, mungkin disebabkan aku juga berjaya mendapat BAND 3, untuk peperiksaan MUET yang aku ambil april lalu...syukur ke hadrat Mu ya Allah yang Maha Pemurah memberikan nikmat kejayaan yang tidak putus2...sesungguhnya Allah lah tempat ku untuk memanjatkan kejayaan dalam hidupku...mungkin ada yang begitu sinis dengan coretan ini, yelah apalah sangat dengan BAND 3 itu, tetapi itulah yang membuat aku menarik nafas lega kerana sekurang2nya aku dapat grade pada tahun sepatutnya aku grade...bukan apa, umur aku semakin meningkat, dalam mengejar cita2 ini terlampau banyak dugaan dan cabaran perlu kita tempuhi...tinggal 2 tahun sahaja lagi sebelum aku mendapatkan ijazah ku, dan jikalau tiada apa2 aku ingin menyambung dan membuat M.A...aku harap apa yang aku impikan menjadi kenyataan...dreams come true...semoga Allah permudahkan segala urusanku....amiiiinnnn.........my result for fourth semester
Posted by Ayoi_labu at 9:58 AM 0 comments