BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 24, 2011

aSSalamuaLaikUm....

salam bertemu kembali...lama aku tidak bersua menyulam kata-kata hikmat ku di sini...sungguhpun aku sibuk dengan hal-hal keduniaan, tidak sesekali aku melupakan untuk mencoret segaris kata yang menjadi nadi pada setiap kehidupan kita...
sebagai manusia aku tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dengan orang-orang di sekeliling ku....
manusia adalah fitrah dalam melakukan perkara baik dan kurang baik...kebelakangan ini, masa aku seakan suntuk untuk aku menikmatinya...hmm, mungkin semester baru yang hampir sahaja menjengah 4 minggu ini telah merantai diriku untuk melakukan pelbagai tugasan yang bagiku ada di antaranya agak rumit untuk dilaksanakan....tetapi andai perancangan awal kita titipkan sudah tentu, apa jua masalah pasti dapat kita rungkaikan...di atas sebab perkara itulah mengapa aku tidak boleh memberi komitmen aku terhadap perkara yang lain...macam keluar bersama kawan sehinggakan ada pihak berkecil hati dengan diriku...mungkin aku perlu perancang masa untuk aku ubah segalanya...aku tak dapat nafikan masa adalah penting untuk ku...setiap waktu setiap saat aku sentiasa fikirkan masa....masa, berilah aku peluang untuk menggunakan engkau dengan sebaiknya...sekarang ini, beberapa langkah aku ambil untuk aku lebih menghargai masa itu, antaranya, aku membuat segala tugasan di awal waktu supaya senang di kemudian hari....masa akan terus berlalu tanpa menunggu sesiapa pun, manusia lah yang perlu mengejar masa itu...jangan lah BERTANGGUH kerana ia adalah PENCURI MASA!!WASSALAM...

Monday, January 10, 2011

tolong ingatkan aku....

assalamualaikum, berjumpa lagi kita di hari dan waktu berbahagia ini....hahahha hari ini aku nak ulas sikit tentang 'tolong ingatkan aku'...ape sebenarnya ni??hmmm...tajuk ini merupakan tajuk untuk lagu Ana Raffali yang baru sahaja menggondol Anugerah Juara Lagu yang ke-25...sekaligus mengungguli wang sejumlah RM 35,000....agak terkejut juga aku apabila lagu ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi berdarah kacukan itu memenanginya...tanpa di sangka-sangka la katekan...tapi nak buat macamane sebb jurinya adalah terdiri daripada orang-orang yang handal dalam bidang muzik termasuk lah M.Nasir....tempat kedua pula, lagu yang menjadi pilihan aku untuk menjuarai juara lagu tetapi berkesudahan di tempat kedua, iaitu lagu Drama King nyanyian Meet Uncle Hussein feat. Black...dan tanpa disangka juga tempat ketiga memg tidak disangka lagu ni boleh berada di tempat ketiga iaitu Noktah Cinta ciptaan Ajai yang disempurnakan dengan kemas oleh Hafiz AF7, yang juga membawa gelaran Vokal Terbaik pada malam itu menewaskan juara vokal tahun lalu, Black....sesuatu yang agak unik untuk aku perkatakan apabila melihat persembahan Faizal Tahir dalam Hanyut ternyata memberi kepuasan kepada penonton tentang keseluruhan persembahannya yang memukau apabila dia secara gimiknya menjatuhkan diri ke dalam air...sesuatu yang tidak pernah dijangkakan dalam mana-mana persembahan artis sebelum ini...tak mustahil lah dia membawa pulang trofi persembahan terbaik....apapun AJL25 mengundang seribu satu kejutan apabila tolong ingatkan aku 'beg the title'...aku suka lagu itu cuma mungkin aku rasa ada lagi lagu lain yang layak untuk menang...apapun tahniah pada Ana Raffali...percubaan pertama ke AJL membuahkan hasil....tahniah juga pada semua contestants seperti Yuna, Bunkface, A.P.I dan ramai lagi yang melakukan persembahan yang terhebat...cume kekurangan terlihat pada pembukaan AJL25, yang tidak begitu gah berbanding tahun lepas yang mana Dato' Siti Nurhaliza bergabung bersama Azlan untuk Lagu Untukmu yang menunjukkan kemantapan vokal dan persembahan mereka....sememangnya pembukaan sebegitulah yang amat dinantikan sebenarnya....tapi sayang untuk tahun ini, telah dipersiakan...tetapi aku harus berbangga juga kerana Dato' Siti jugalah jadi penyelamat untuk persembahan selingan...sememangnya dia adalah diva yang tiada galang gantinya...tahniah Siti dan semua pemenang!!.

Saturday, January 8, 2011

selamat pagi....


Assalamulaikum terlebih dahulu...sebelum aku memulakan bicara ku pagi yang cukup indah ini....sebagai mukaddimah, apa kata kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta inayah NYA dapat lagi aku bernafas di muka bumiNYA yang indah ini....aku masih lagi diberi nyawa oleh Allah atas kesempatan dunia yang sementara ini.....cube kita fikir sejenak jikalau kita hanya diberi kesempatan untuk hidup untuk seketika, apa yang perlu kita buat??waima, kita hanya ada beberapa tempoh untuk menikmati dunia ini?tentulah kita perlu mencari keredhaan Allah terlebih dahulu kerana baik dan buruk kita hanya Allah sahaja yang dapat menerima...sesungguhnya Dia jualah yang menjadikan kita di muka bumi, dan Dia jugalah yang berhak mengembalikan kita pada sebelum kita di dunia ini....cabaran dan dugaan Allah tidak akan berhenti selagi kita hidup di dunia yang faa' ini....kita hanyalah khalifah yang perlu melunaskan tanggungjawab kita dengan menghadapi segalanya dengan tenang dan sabar....kerana sifat itulah yang menjadi benteng yang kuat untuk kita menghadapi dunia yang serba serbi ini....kita adalah serupa di muka bumi ini walau berlainan jantina, bangsa, kulit, rupa kerana di dunia jika kekayaan, kehidupan dan penampilan yang membezakan, kita perlu berfikir di alam akhirat kelak yang mana manusia ini akan berkumpul di satu tempat sebagai di bawah jenama yang sama iaitu MAKHLUK ALLAH...sekian....

Thursday, January 6, 2011

pergi rakaman Datuk Siti...

assalamualaikum semua....
berjumpa lagi di laman indahku ini...hehheehhe....hari ini aku berpeluang pergi ke rakaman program bual bicara terbaru di astro...bukan calang-calang 'talk show', kerana dikendalikan oleh artis nombor 1 negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza...hmm, seorang artis yang amat aku minati dan kagumi sejak awal kemunculannya...tidak lah fanatik sangat kerana aku xpernah beli pun album dia, apatah lagi melekat gambarnya di bilik...seingat aku , album terakhir yang aku beli adalah album In team...tajuknya pun xingat dah....cume aku respect datuk nie disebabkan personality die yang begitu terjaga...tapi bukan semuanya aku puji dari segenap daripada dirinya kerana setiap sisi manusia itu sendiri mempunyai kelemahan yang jelas....kan??seperti yang aku lihat pada rakaman pagi tadi jelas menunjukkan Datuk siti tidaklah menyerlah dalam bidang pengacaraan...berbanding bidang nyanyian nya yang begitu menyerlah....dan berjaya...boleh dikatakan o.k sahajalah apabila datuk mengacara...aku lebih suka lagi dia menyanyi....dari segi penampilannya, ternyata dia masih lagi tidak mengotakan janjinya pada peminat untuk berhijab tetapi until now, it's not what she told...pakaian nya maih terjaga walaupun menampakkan susuk tubuh nya yang kembali menggiurkan....tentang kelakuan nya terhadap orang di sekeliling , seharusnya aku berbangga malah aku tidak menyesal meminatinya kerana ternyata dia tidak sombong....masih melayan baik orang di sekeliling termasuk audience dan krew2 yang terlibat...yang paling menjadi kenangan adalah aku berpeluang menanyakan soalan kepada David teo, jemputan pada hari ini...hheeheh xsabar untuk aku lihat siarannya nanti...apa pun hari ini aku dapat mengutip pengalaman yang berharga sepanjang rakaman, dari segi production sehinggalah MCP....SEHINGGA BERTEMU LAGI !!